Assalamualaikum ....

Rambut Wafiq panjang lagi..pernah sekali je potong rambut kat kedai ..yang lain Pok Su Amir yang potong..Ibu dah bagi tau awal-awal, malam esok Wafiq kena pergi potong rambut..Wafiq takut..berdebar..Wafiq cakap kat ibu..'tak nak potong rambut..Wafiq dah hensem!'

Petang tu ibu balik kerja ibu bg tay Wafiq..'Wafiq..tadi ibu jumpa teacher Yezreen, teacher cakap potong la rambut tu sikit..teacher pesan next class Wafiq kena nampak lagi hensem!' 'kalau Wafiq tak percaya ibu call teacher..'

ibu call teacher..wafiq bercakap dengan teacher..teacher kata Wafiq kena potong rambut..bila pergi kedai gunting, Wafiq kena buat happy face, suruh ibu tangkap gambar dan bagi teacher tengok...

malam tu Wafiq dengan ibu dan ayah pergi kedai gunting rambut..

 panjangkan rambut Wafiq...

 Teacher Yezreen..Wafiq tak berdaya nak buat happy face..Wafiq tengah berdebar nie..mampu buat peace jer..lebih 7 kali Wafiq pesan kat tukang gunting.."buat slow-slow je ye...'' ...

 mula-mula Wafiq duduk atas kerusi sorang-sorang...tapi rasa berdebar Wafiq makin dasyat..Wafiq mula panggil ibu..lepas tu ayah tanya.."Wafiq nak duduk atas riba ayah ke?'' yeay... ayah temankan Wafiq!

 haha...jelas terpancar rasa berdebar pada wajah Wafiq kan kakak-kakak?

 baru siap sebelah kepala...tak sakit pun..tapi masa mesin tu kena telinga Wafiq, Wafiq pesan lagi kat pakcik tukang gunting...''buat slow-slow je ye...'' bila dah siap potong rambut..Wafiq pandang cermin..Wafiq terlepas cakap...''wafiq hensem...macam Iwan Bola Kampung''.....ibu, ayah dan pakcik tukang gunting dah gelak-gelak..Wafiq maluuu......

 ibu lupa nak ambil gmabr lepas siap potong..nie gambar beberapa hari kemudian..tengok, rambut Wafiq dah tak sentuh telinga...comel kan saya? hihi..

 dan hensem jugak!










.