Assalamualaikum ...


Apakah itu "clubfoot"?
Clubfoot atau dalam bahasa perubatan "talipes equinovarus", adalah sejenis kecacatan lahir yang boleh dirawat. Ia dihadapi oleh lebih kurang 150,000 ke 200,000 bayi dalam setahun. Clubfoot akan menyebabkan kaki kanak-kanak ini berpusing ke bawah dan ke dalam. Kejadian ini berlaku ketika proses pembentukan di dalam rahim lagi. Pakar perubatan mendapati janin ini bermula dengan kaki yang normal kemudian kaki itu akan berpusing ke dalam ketika berumur 3 bulan. Kebanyakan bayi ini tidak kehilangan sebarang tulang, otot mahupun tisu penyambung. Ia adalah satu kejadian lahiriah, bermakna ia akan terjadi ketika bayi lahir. Ia juga adalah satu keadaan kacacatan lahiriah yang biasa berlaku. Ia mungkin akan berlaku pada satu atau kedua-dua kaki bayi di mana kaki tersebut mungkin keadaannya fleksibel hingga ke keadaan yang tegang dan keras. Keadaan ini tidak menyakitkan bagi bayi clubfoot yang baru lahir, namun ketika kanak-kanak ini sampai ke peringkat mahu berjalan keadaan clubfoot ini akan menyebabkan kesakitan dan kesusahan jika ia mampu melakukannya.




Bilakah anda akan tahu?

Ibubapa akan menyedari keadaan clubfoot ini biasanya pada waktu kelahiran. Beberapa kes dapat dikesan ketika ibubapa membuat 'ultrasound' ketika bayi masih didalam perut. Jika anda tertanya-tanya adakah anak anda mempunyai clubfoot, sila hubungi pakar perubatan yang berpengalaman mengesan keadaan ini (tidak semua pakar perubatan mampu mengesan "clubfoot").

Sumber : Clubfoot Malaysia 



Moga lebih ramai yang mendapat info tentang clubfoot... mulanya ingatkan kecacatan kekal..tapi baru yaya tahu clubfoot ni disebabkan cara kebiasaan bayi  membengkokkaan kaki ke dalam sejak dari dalam kandungan lagi..dan kebiasaan ini lah apabila bayi dilahirkan kaki tetap membengkok ke dalam..

Antara rawatan untuk memulihkan kaki bayi adalah dengan memakai kasut khas dari hospital..ada yang yaya baca selain pakai kasut kaki bayi juga boleh disimen..ibu bapa juga boleh mengurut kaki bayi..tapi pastikan kita tau cara mengurut yang betul..biasa pihak hospital akan ajar...Insya Allah kaki bayi akan kembali normal....