Assalamualaikum ...

Tajuk entri ada tanda soal....tu maknanya yaya nak minta pendapat .... hihi  ^___^

al-kisahnya macam nie...

anak yaya yang sorang tu dah nak masuk 2 tahun..setiap bulan yaya menabung secara berdisiplin untuk dia..tak banyak..RM100 sahaja sebulan..yaya bukak akaun simpanan untuk dia..orang datang tengok dia masa yaya dalam pantang dulu semua masuk bank..duit raya pun sama..makcik-makcik bagi seringgit dua pun yaya masuk bank  ... pendek cerita semua duit dia yaya simpan kat bank ... biasa yaya update buku akaun 6 bulan sekali ... update setiap pertengahan dan akhir tahun...

dan semalam duit dalam akaun anak yaya dah RM5K+ .. agak banyak bagi yaya... tak sangka pun ada...hikhik .. tapi bila yaya kira balik feadah yang bank dah bg dalam tempoh 2 tahun nie cuma RM2.28 ..huhu..

nie yang membuatkan yaya berfikir .. berbaloi ke setakat simpan kat bank duit tu ???(akaun simpanan la..)

yaya ingat nak tutup terus akaun simpanan tu .. then duit tu yaya buat beli emas .. sebahagian lagi yaya nak invest dalam Public Mutual ..atau mana-mana unit trust... dan yaya akan tetap teruskan simpan RM 100 setiap bulan dalam Public Mutual tu ...

harga emas kan lagi lama lagi mahal ...kata lah yaya beli sekarang..next 15 years (umur wafiq dah 17..boleh buat persediaan duit untuk masuk U)..mungkin dah tersangat tinggi nilainya...kalau simpan kat bank tak kan mungkin dapat banyak ..

kalau tak beli emas pun yaya invest semua kat Public Mutual .... semalam dah discuss dgn akauntan kat ofis yaya nie..juga seorang agent Public Mutual ..(tapi tak pernah nak pelawa join pun...) yaya ade tanya dia kalau yaya simpan seratus sebulan and in next 15 yrs berapa yaya dah dapat..dia cakap dekat RM30K..(kira berdasarkan kadar keuntungan paling minima).....kalau simpan kat akaun simpanan baru ade RM18+..banyak bezanya tu..

bukan yaya tamak..mata duitan jauh sekali..cuma yaya rasa kita perlu bijak menguruskan wang.. ada baiknya duit tu bercambah ...untuk anak jugak kan...

siapa yang pernah hadiri kursus AKPK anjuran bank negara tentu faham maksud yaya...

pandangan korang semua amat yaya perlukan...mungkin korang ada cadangan lagi bernas..kongsi-kongsi ye dengan yaya..



nota : kursus AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit) tu sentiasa terbuka..free je.. boleh contact bank negara terdekat .. kursus setiap hari rabu ...separuh hari je ....