Assalamualaikum ....


Situasi 1 : Masa  - 8.00 pagi

Seorang rakan pejabat (lelaki) turun berlari-lari anak dari tingkat atas.. dan tiba-tiba tersentap..sebabnya terlihat seorang budak trainee yg trendy.. pakai shawl lilit-lilit .... dan secara spontan rakan tadi berkata kat trainee tu..ingatkan pakai tuala kat kepala...^___^

~ mungkin penglihatan agak kabur di awal pagi...



Situasi 2 : Masa -10.45 pagi

Seorang rakan pejabat (perempuan) sedang menggunakan mesin photostat sambil sorting dokumen .... lalu bertanya  ' lepas huruf K huruf ape ye '

~ lapar agaknya sampai tak dapat berfikir ...



Situasi 3 : 11.15 pagi

Seorang rakan pejabat (lelaki) tiba-tiba keluar dari dari bilik dia .... rupa-rupanya nak balik rumah sebab seluar koyak kat celah paha..tapi masih boleh berjenaka ... ^__^

~ mungkin duk mencangkung atas kerusi sampai boleh terkoyak..erkk...


edit:

Situasi 4 : 3.40 petang

Semua rakan pejabat sentap sebab yaya emel kepada semua staff tentang kupon jimat PIZZA..huru-hara jadinya...haha..

~ kalau bab makan laju je kan....





nota kaki : kerja harus enjoy !!!