PKSK Semakin Hampir - Dapat Tarikh Hari Pertama

Tinggal kurang semingu untuk adik Wazif menduduki Peperiksaan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Untuk info, pelaksanaan PKSK untuk permohonan ke Tingkatan 1 bermula pada 6 hingga 17 Oktober 2025. Dan, adik Wazif dapat tarikh ujian pada hari pertama, sesi ke-3. Perasaan ibu dah bercampur baur sekarang ni. Anak yang nak exam, tapi ibu yang terlebih berdebar dan risau. Tuan punya badan watlek watpis.  Ada hikmah dapat tarikh ujian hari pertama, sekurang-kurangnya ibu bolehlah bertenang lebih awal berbanding ibu-ibu lain. Hihi.


Kekal Meneruskan Misi Ke Asrama Penuh Bersama Fly High


Walaupun info berkenaan PKSK masih agak terhad. Format peperiksaan dah pun dimaklumkan oleh kementerian. Cuma bentuk soalan macam mana memang kena betul-betul cari info. Alhamdulillah, selepas menyertai tuisyen online Fly High dan mengulangkaji menggunakan buku-buku keluaran Fly High baru la 'nampak jalan' terutamanya untuk bahagian Pengetahuan Am dan Keperibadian.  



Namun, silibus sekolah tetap perlu diberi perhatian, terutamanya bagi mata pelajaran Sains, Sejarah dan Matematik. Ulang kaji perlu merangkumi keseluruhan kandungan dalam buku teks Tahun 4 hingga Tahun 6, kerana soalan-soalan PKSK biasanya berbentuk KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang menguji kefahaman, bukan sekadar hafalan.

Bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula, tumpuan perlu diberikan kepada tatabahasa dan grammar.

Nampak macam banyak sangat yang perlu dibuat ulang kaji. Memang terasa macam banyak sangat nak kena hadap. Yaya sendiri pun sampai tak tahu nak ingatkan Wazif ulang kaji bahagian mana dulu. Hujung-hujung, soalan Yaya setiap hari pun jadi satu je...

“Adik dah study hari ni?” 

Hahaha.. 

Dengan mengikuti tuisyen online PKSK Fly High jadual belajar lebih tersusun. Semua topik dirangkum dengan baik. Yaya tak perlu risau dah nak fikir apa yang dah ulang kaji dan apa yang belum.


Kelas Artikulasi Penulisan Sangat Membantu


Betul, ada karangan bertulis dalam PKSK. Tiga tajuk akan diberikan dan pelajar perlu memilih satu untuk ditulis. Karangan yang dihasilkan mestilah sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

Bahagian penulisan inilah antara cabaran utama Wazif. Dia masih lemah dalam membina karangan. Susah juga nak memperbetulkan karangan Wazif. Dia menulis karangan seperti sedang bercakap. Ayat yang digunakan terlalu lurus dan ringkas, tiada lenggok bahasa. Kalau Yaya baca memang kurang umphh, rasa kaku. Nak marah tapi kena sabar, nak bantu tapi ibu pula tak reti nak mengajar. Hahaha.

Alhamdulillah ada perubahan sejak join kelas Fly High. Cikgu Bob bantu bagi formula bina karangan langkah demi langkah sehingga siap satu karangan sempurna. 


Buat Latihan Menggunakan Buku-Buku Fly High




Selain menghadiri tuisyen online, Wazif membuat latihan menggunakan buku-buku Fly High.  Alhamdulillah, sangat membantu Wazif memahami dan membiasakan diri dengan format sebenar PKSK yang akan dihadapi beberapa hari lagi. 

Sekurang-kurangnya latihan ini memberi gambaran awal tentang bentuk soalan PKSK yang bakal ditemui semasa ujian sebenar. Tak adalah terkejut sangat atau panik.


Bukan Perjalanan Yang Mudah


Perjalanan menuju Misi Ke Asrama Penuh ini bukan mudah. Ia mengenai cita-cita anak kecil yang memasang impian untuk melangkah ke sekolah idaman.

Segala usaha telah dicurahkan. Sertai tuisyen online, buat latihan, dengan drama air mata pun sempat selit sekali. Sememangnya banyak dugaan.


Guru-guru di sekolah Wazif pun sangat proaktif membantu murid-murid membuat persediaan. Sekolah ada menganjurkan bengkel artikulasi penulisan. Wazif pun kelmarin baru balik dari kem jati diri yang diselitkan juga beberapa slot persediaan PKSK. Tahniah guru-guru SKSS1.

Doakan semoga adik Wazif dan semua calon PKSK 2025 diberi ketenangan hati, kejelasan fikiran dan keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian nanti. Moga setiap titik peluh dan penat lelah mereka dibalas dengan keputusan yang terbaik.

Apa pun keputusan yang bakal diterima kelak, kami akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Sama ada mendapat tawaran ke sekolah idaman atau tidak, semuanya sudah ditentukan oleh-Nya. InsyaAllah apa jua yang terjadi akan membuka pintu kepada masa depan yang cerah untuk Wazif.


Kelas Online PKSK Untuk Oktober


Usaha terakhir sebagai persediaan PKSK. Jom ibu ayah daftar anak sekarang.

    


Boleh pilih untuk sertai Kumpulan A atau Kumpulan B.

Apa yang anda akan dapat?

- Panduan, tips & teknik menjawab soalan dengan lebih mudah & pantas
- Pembelajaran berkala setiap minggu untuk konsisten & fokus

Subjek :

 Pengetahuan Am
 Bahasa Melayu (Artikulasi)
 Matematik
 Bahasa Inggeris
 Sains
 Keperibadian

 Yuran:

 RM25/sesi
 RM280 (Pakej 6 Subjek) + PERCUMA 2 Slot Motivasi

Modul dan rakaman kelas disediakan





Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post