Ukays - Pahit Akan Manis Akhirnya 2023 (Official Music Video)

Ukays - Pahit Akan Manis Akhirnya 2023 (Official Music Video) | Mula-mula dengar ingatkan Amir UK's yang nyanyi, rupa-rupanya vokalis baru. Di pendengaran Yaya, mirip sungguh suara Said Tarmizi dengan suara Amir. Mendengar lagu malar segar ini di tahun 2023 sememangnya mengimbau kenangan sewaktu lagu ini hit suatu masa dulu.


Ukays - Pahit Akan Manis Akhirnya 2023




Ukays dan UK'S

Jangan salah faham pula ye. Ukays dan UK's adalah kumpulan yang bebeza. Selain UK's yang dianggotai Amir, terdapat dua lagi kumpulan menggunakan nama sama, tetapi berbeza ejaan iaitu Ukays yang ditubuhkan bekas anggota UK's iaitu Amy. Satu lagu kumpulan turut menggunakan nama Ukays yang dianggotai bekas penyanyi mereka, Achik.

Kumpulan ini ditubuhkan pada 1986 dengan nama Ukay sebelum ditukar kepada Ukays menerusi album kedua, Mencari pada 1992.

Ketika menghasilkan album keempat, Tajam Menikam pada 1995, namanya ditukar lagi kepada UK's pula.


Lirik Lagu Pahit Akan Manis Akhirnya

Lagu : Pahit Akan Manis Akhirnya
Penyanyi: Ukays
Lagu & Lirik: Saari Amri


Puas aku mencuba
Menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan
Peritnya aku lalui
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini 'ku tidak
Ketentuan

Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima
Suratan dari-Nya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya

Telah ... kupikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan ... jatuh air mataku
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia
Walau hakikatnya hatimu terluka

Telah ... kupikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan ... jatuh air mataku
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia
Walau hakikatnya hatimu terluka

Moga suatu hari
Sembuhlah luka
Dan kembali ceria
Walau hati aku ini milik
Engkau dan dia
Dan kembali ceria
Walau hati aku ini milik
Engkau dan dia




P/S: Abang Tesla kena nyanyi lagu ni la..penceritaan tu kena sungguh.


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. hai Yaya, i'm back.wahh lagu zaman remaja ni.mendayu dayu...layannnn

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post