Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari | Yaya nak selesaikan segera persiapan kembali ke sekolah anak-anak untuk sesi 2023/2024. Niat hati nak beli dulu mana-mana yang wajib takut nanti beli lambat tak ada saiz dan tak nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Jadi hari Jumaat minggu pertama cuti sekolah baru-baru ni Yaya bawa anak-anak mencari kelengkapan sekolah. 

Kedai pilihan Yaya sudah semestinya Pusat Pakaian Hari-Hari. Kali ni kami ke Hari-Hari cawangan Pusat Niaga Paya Keladi. Kami pergi sebelah pagi, kedai baru buka kami dah terjah masuk. Disambut mesra oleh staff dengan ucapan 'Selamat Datang'. 

Saban tahun Yaya ke Hari-Hari. Barang-barang yang dijual sangat berkualiti. Buktinya, baju anak-anak yang dua tahun lepas punya masih elok cuma dah singkat sedikit bila dipakai. Cepat betul anak-anak ni membesar. Tahun 2023 ni abang Wafiq naik tingkatan 2, adik Wazif pula naik darjah 4. Adik banyak yang kena beli baru, untuk abang Wafiq pula cuma tambah sikit-sikit, pakai yang tahun lepas punya.


Pusat Pakaian Hari-Hari One Stop Centre Kelengkapan Sekolah


Beli baju sekolah di Hari-Hari

Salah satu sebab Yaya sentiasa kembali ke Pusat Pakaian Hari-Hari setiap tahun adalah Hari-Hari merupakan One Stop Centre kelengkapan sekolah. Semua keperluan sekolah ada di sini. Apa yang Yaya nak semua ada.  Keperluan sekolah dari pra sekolah sehingga sekolah menengah ada di sini. Jadi,tak perlu nak keluar masuk kedai yang berlainan. Memang menjimatkan masa. Satu jam je dah settle beli kelengkapan dua beradik ni. 


Keperluan Kembali Ke Sekolah Di Hari-Hari

  • Baju sekolah 
  • Seluar sekolah
  • Seluar slack
  • Baju sekolah agama
  • Baju Tadika Kemas
  • Baju pengawas
  • Vest
  • Selur sukan
  • Tudung pelbagai warna
  • Anak tudung
  • Songkok
  • Pakaian dalam
  • Beg sekolah
  • Kasut
  • Stoking
  • Tali pinggang
  • Alat tulis
  • Botol air
  • dan macam-macam lagi...
Tak semua Yaya beli baru, mana yang masih elok dan masih muat sambung pakai je lah. Anak dua je pun terasa juga duit mengalir bagaikan air bila nak siapkan kelengkapan sekolah anak-anak ni. 


Baju sekolah jenma Jony & Jeny

Untuk abang Wafiq, belikan sehelai baju sekolah lengan panjang jenama Jony & Jeny buat tambahan. Tahun lepas belikan 3 pasang baju sekolah untuk dia. Sudahnya cuma hari Ahad je pakai baju sekolah putih dan seluar hijau. Belikan juga sehelai seluar slack warna hitam untuk abang Wafiq pakai dengan baju batik pada hari Khamis. Cun betul seluar slack tu, cutting slim fit sesuai dengan abang Wafiq yang kurus dan tinggi lampai ni.

Untuk pengetahuan korang ada dua jenama pilihan untuk kelengkapan sekolah di Hari-Hari, jenama No Problem dan juga Jony & Jeny. Yaya dah try dua-dua jenama sebab memang setiap tahun datang sini. Dua-dua bagi Yaya pun ok, material berkualiti dan sedap pakai.


Baju pengawas di Hari-hari

Adik Wazif pula dapat jadi pengawas sekolah. Jadi untuk adik semua nak serba baru. Beli 2 pasang baju sekolah  juga jenama Jony & Jeny untuk adik. Di Hari-Hari pun ada jual vest pengawas. Harga vest pula Yaya tengok pun murah je. Kalau nak beli buat tukar-tukar pakai sekali sekala boleh la sebab biasa vest dah tempah dengan sekolah.


Pusat Pakaian hari-Hari Paya Keladi

Deretan seluar sekolah dan baju sekolah yang tersusun. Nak cari saiz pun senang. Tapi kebiasaannya tak perlu cari sendiri pun. Akan ada staff Hari-Hari yang sentiasa bersedia akan bantu carikan saiz yang kita nak. 

kelengkapan sekolah di Hari-Hari

Pilihan kasut sekolah jenama Jony & Jeny danNo Problem. Boleh tahan smart juga design kan?

Beli kelengkapan masuk sekolah di Hari-Hari

Bila ada anak sekolah berasrama, stoking ni benda paling wajib beli sebab kerap betul stoking hilang. Untuk abang Wafiq yaya belikan 2 paket untuk dia saja. Nak tengok 6 pasang stoking ni dapat tahan lama mana. Hihi.

Kempen back To School Hari-Hari

Seluar sukan pelbagai saiz. Saiz untuk anak-anak tadika pun ada tau. Korang boleh beli buat standby sebab biasanya di koperasi sekolah terputus bekaan juga.Sementara tu boleh la pakai yang ni dulu.


Baju Pengawas Vest Pengawas Murah di Hari-Hari

Vest pengawas. Harga mengikut size. Yang Yaya pegang tu size 28 harga RM27.90, sedang elok dengan adik Wazif.

Kelengkapan kembali ke sekolah

Alat tulis dan bekas pensel. Bekas pensel gambar astronaut pilihan adik Wazif. Harga pun murah je. Itu yang Yaya layankan aje permintaan adik Wazif.

Baju sekolah Jony & Jeny dan No Problem di Hari-Hari

Beg sekolah pun nak sama design. Warna je berbeza. Abang Wafiq yang mula-mula berkenan dengan beg sekolah ni dan pilih beg warna hitam. Eh, adiknya nak design ni jugak dan pilih warna biru. Adik dari rumah lagi sebenarnya dah bagi tahu nak beg sekolah tak ada corak, tak nak dah yang kartun-kartun. Besar dah anak bongsu ibu..hihi..

Alhamdulillah, lega sangat bila kelengkapan sekolah anak-anak dah selesai. Tinggal buku-buku sekolah je nanti beli dengan koperasi sekolah.


Marilah Pergi Hari-Hari! Diskaun 10% Untuk Pembelian Online

Sekiranya tak berkelapangan untuk ke kedai fizikal, boleh je buat belian secara online sama ada di online store ataupun di Shopee. Untungnya mereka yang shopping online ni akan dapat lagi diskaun 10% bagi setiap barangan yang berharga RM10 ke atas sempena kempen Back To School. Kempen ni sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31.03.2023.

Tapi kalau prefer berbelanja di kedai fizikal pun boleh. Hari-Hari ada banyak cawangan. Mesti ada yang berdekatan dengan korang. Untuk makluman, terdapat 98 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari seluruh Malaysia. Untuk ketahui lokasi cawangan Hari-Hari berdekatan, boleh semak di www.hari.com.my/locator

More info:

Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari


@yayaazura82 Alhamdulillah, selesai sediakan kelengkapan sekolah anak- anak. Satu tempat je Yaya tuju untuk beli semua ni iaitu di @Hari-Hari Umpama one stop centre, semua ada dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Korang nak beli kelengkapan sekolah sila ke Hari-Hari. Gerenti puas hati ♥️ 98 cawangan Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my 🎡🎢 Marilah Pergi Hari-Hari! 🎢🎡 #yayaazuradotcom #kbba9 #KBBA9XHariHari #BackToSchool2023 #BackToSchool #PusatPakaianHariHari #MarilahPergiHariHari #BajuSekolahOnline #HariHariSekolah #ehari ♬ Rock and Roll Session - Canal Records JP
Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post