Terengganu Calendar of Events 2023

Terengganu Calendar of Events 2023 | Kerajaan Terengganu telah merancang beberapa program menarik sepanjang tahun 2023 untuk menggalakkan dan merancakkan sektor pelancongan negeri. Matlamat kalendar acara tahunan adalah untuk memastikan setiap program atau acara mendapat publisiti awal kerana ini membolehkan pengunjung merancang percutian mereka. 

Terengganu Calendar Of Events - COE 2023

Sebanyak 100 acara pelancongan dan kebudayaan termasuk 18 program ikonik telah disediakan untuk Kalendar Acara Tahunan Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu tahun ini.  Semoga dengan usaha menggandakan jumlah kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Terengganu sekaligus menjadikan negeri ini sebuah destinasi utama percutian.

18 Acara Ikonik Di Terengganu Di Tahun 2023

  1. Februari 2023 - Karnival Beautiful Terengganu
  2. Mac 2023 - Pesta Perlumbaan Perahu Panjang Tradisional Sungai Nerus
  3. April 2023 - Karnival Pantai Terengganu
  4. April 2023 - Fiesta Candat Sotong
  5. Mei 2023 - Festival Air Terengganu
  6. Mei 2023 - Terengganu Bike Week
  7. Jun 2023 - Alami Rasa Tradisional Terengganu
  8. Julai 2023 - Perahu Naga Beautiful Terenganu Challenge
  9. Julai 2023 - Festival Setiu Wetlands
  10. Ogos 2023 - Terengganu Internatioal Air Festival
  11. Ogos 2023 - Festival Kenyir
  12. September 2023 - TSG Shimano Fellowship Ride
  13. September 2023 - Larian Jambatan Sultan Mahmud
  14. Oktober 2023 - Festival Warisan Sungai Terengganu
  15. Oktober 2023 - Festival Gayung Nusantara
  16. November 2023 - Festival Gamelan
  17. Disember 2023 - International Monsoon Casting Tournament
  18. Disember 2023 - Multaqa Ulama Sedunia

Karnival Beautiful Terengganu Malaysia (BTM) yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 23 Februari nanti di Padang Astaka Kemaman merupakan acara pertama sebagai pembuka tirai COE 2023. Ia bakal disusuli dengan acara lain antaranya Konsert Cilik Gamelan, Karnival Merakyatkan Budaya, Kapas Marang Internasional Swimathon 2023, Karnival Pantai Terengganu, Fiesta Candat Sotong dan Pelita Raya Tradisi Terengganu.


Terengganu Calendar Of Events 2

Terengganu Calendar Of Events 2023

Terengganu Calendar Of Events 2023

Kalendar Acara Tahunan Terengganu 2023

Kalendar Acara Tahunan Terengganu

Event Calendar Terengganu 2023

Pada tahun-tahun yang lepas, Yaya pernah beberapa kali berkunjung ke acara tahunan di Terengganu ini seperti karnival pantai, acara pelita raya tradisi, festival air, festival peranakan dan juga festival islamik Terengganu.

Dengan adanya COE2023 diharap dapat membantu mereka yang berhajat untuk melancong ke Terengganu dapat membuat perancangan dan persiapan awal termasuk tempahan hotel, tikel kapal terbang ataupun tiket bas.


#TourismTerengganu
#BeautifulTerengganuMalaysia
#TerengganuKuComey
#TerengganuMajuBerkatSejahtera


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post