Resipi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah Dibuat

Resipi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah Dibuat | Ayam masak masak merah ni antara lauk yang senang nak buat. Bahan-bahan pun mudah. Budak-budak pun suka. Mak Yaya kerap kuga buat menu ayam masak merah ni sampai ada satu masa tu lama juga Yaya tak boleh dah nak makan lauik ni. Haha...Tolong lah mak tak nak dah ayam masak merah. Haha.. 

Bila dah berkahwin, eh suami kita pun sama naik cemuh dengan ayam masak merah. Rupanya mak dia pundk hidang menu nijuga masa zaman bujuang. Hahah. Sudahnya lama betul Yaya tak masak menu ni. Bila anak-anak dah boleh makan sedikit pedas baru lah Yaya masak kembali. 

Dah jadi mak-mak ni, fikir nak masak apa tu satu masalah besar tau. Sebab tu mak-mak kita dulu duk masak ayam masak merah je. Hihi.. Bila dah berkahwin ni, setiap kali beli bahan basah, Yaya akan fikir siap-siap senarai menu nak masak sepanjang minggu. Jadi, bahan-bahan masakan dibeli ikut keperluan menu tu. Tak lah nanti duk ulang ayam masak merah, ayam masak kicap sebab ni antara menu mudah dan ringkas yang bahan-bahan nak membuatnya memang ada di dapur.


Pelbagai Versi Ayam Masak Merah

Ada banyak versi juga nak masak ayam masak merah ni. Yaya suka letak daun kari, ada juga letak daun limau purut. Suka hati. Rasa dan bau dia memang akan membangkitkan selera. Tak nak letak pun tak apa, tapi rasa pun berbeza lah. Ok lah, jom lah kita mentelaah resepi ayam masak merah. 

Baca juga: Rendang Hitam


resepi ayam masak merah mudah dan sedap




Resipi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah Dibuat

Bahan-bahan:
  • 500 gm ayam - potong kecil dan basuh bersih
  • Garam
  • Serbuk Kunyit

Bahan kisar:
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan lain:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji tomato - belah empat
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara memasak ayam masak merah

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2.  Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih serai dan daun kari. Boleh guna lebihan minyak goreng ayam tadi. Tumis sekejap sehngga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar, tumis lagi sampai garing. Masukkan cili boh dan tumis lagi sehingga garing.
  4. Masukkan air asam jawa, sos cili dan sos tomato. Biarkan seketika dan kacau sesekali.
  5. Masukkan ayam goreng. Gaul sekata.Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering.
  6. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan gula dan garam. Siap.

Nota: Gula boleh juga digantikan dengan nissan atau gula melaka. Cuma perlu dimasukkan lebih awal iaitu selepas langkah menumis cili boh. Masukkan sedikit-sedikit sehingga cukup kemanisan yang diperlukan.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Nampak sedapppp

    Jemput join. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/02/segmen-pencarian-model-lukisan-digital.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Anak-anak paling suka kalau ada lauk ayam masak merah begini!

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post