Permainan Money Games Percuma di Mortgage Calculator

Permainan Money Games Percuma di Mortgage Calculator | Kali ini Yaya akan berkongsi mengenai permainan video berkaitan dengan dunia kewangan dalam talian percuma khas untuk kanak-kanak. Bukan hanya ianya percuma tetapi boleh dimainkan tanpa sekatan dan tanpa sebarang iklan.

Dunia kewangan dan Matematik berpisah tiada. Yaya nasihatkan anak-anak supaya berusaha untuk membuat latihan Matematik sekurang-kurangnya 20 soalan setiap hari. Yaya percaya sekiranya anak-anak dah diterapkan untuk suka dengan Matematik, lama-lama kelamaan merekan akan lebih enjoy dalam belajar dan lebih mudah untuk faham subjek lain juga.

Selain memberikan buku latihan kepada anak-anak untuk pengukuhan subjek Matematik, apa kata kita selitkan juga dengan permainan video interaktif berkaitan kewangan di Mortgage Calculator.  Korang boleh mencuba pelbagai jenis money games online yang ada di laman ini. Antara pilihan Money Games di sini ialah :-

- Cash Back Game
- Grocery Cashier Game
- Treze Coins Game
- Idle Money Tree Game
- Bitcoin Tap Tap Mine Game
- Lit Ape NFT Generator Game
- Stocks Game
- Supermarket Numbers Game


Permainan yang ada di Money Games memang bagus untuk kita bagi anak-anak main. Bukan sekadar bermain game sahaja tapi dapat menguji minda anak dan melatih anak membuat pengiraan.

Adik Wazif dah pun mencuba beberapa permainan Money Games yang ada di laman Mortgage Calculator.  Permainan yang tersedia adalah menyeronokkan, mencabar dan sesuai dimain bersama-sama seisi keluarga.

Grocery Cashier

Grocery Cashier ialah permainan di mana anak-anak kecil boleh berlatih operasi tambah dan tolak semasa mengendalikan mesin daftar tunai. Dapatlah anak merasa menjadi seorang juruwang walaupun hanya di alam maya.

Jom main Money Games

Mortgage Calcultor


Permainan ini agak mudah tapi kena tekan harga barang dengan pantas kerana ada masa yang diperuntukkan. Setelah dimasukkan kesemua harga barang-barang dan tekan total, jururuwang akan menerima bayaran dalam betuk tunai ataupun cash voucher.

Apabila dibayar secara tunai dan ada lebihan, juruwang kena lah memulangkan lebihan duit dengan tepat. Ketika bermain permainan ini adik Wazif mendapat satu ilmu baru iaitu apabila pembayaran dibuat menggunakan cash voucher. 

Sekiranya barang-barang yang dibeli nilainya kurang dari cash voucher tiada baki tunai dipulangkan. Adik kata...'Alaa...ruginya, sepatutnya kena tambah barang'. Kata adik lagi 'lebih baik tambah sedikit bayaran tunai'. Ye la kan dik, dari rugi cash voucher tu ada baiknya kita beli barangan berguna dan keluarkan sedikit bayaran tunai. Hihi.


Stocks

Stocks ialah permainan membeli dan menjual saham. Pemain bermula dengan modal $500 dan bermain sepanjang 30 hari dengan matlamat untuk mencairkan saham mereka dan memperoleh keuntungan sebanyak yang mereka boleh dalam sebulan. Bukan 30 hari in real tau.. dalam permainan ini satu hari bersamaan beberapa detik sahaja..hihi

Adik Wazif zero knowledge mengenai ilmu pelaburan saham. Apabila diterangkan secara ringkas mengenai saham iaitu dibeli ketika harga jatuh dan dijual ketika harga naik barulah adik mendapat rentak permainan.

Permainan mengenai saham di Mortgage Calculator

Games Online Percuma di Money Games

Mata dan tangan kenabergerak seiring meneliti naik turun graf, otak pula kena berfikir dengan pantas untuk buat keputusan sama ada untuk beli atau jual saham. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya adik Wazif berjaya menggandakan wang modal sehingga tiga kali ganda.

Selain daripada Money Games, ada beberapa kategori permainan lain yang boleh dipilih iaitu:

- Real Estate Games
- Food Business Simulation Games

- Business Simulation Games
- Software Development Games
- Office Politics Games
- Other Fun Games


Code Panda

Code Panda ialah permainan di bawah kategori Software Development Games. Permainan ini adalah pengenalan kepada pengaturcaraan di mana anda menyediakan kod pergerakan yang diperlukan untuk membantu seekor panda mencapai buluh yang lazat. 

free software development games untuk kanak-kanak


Free Online Game Without Download And Ads


Ada 32 level kesemuanya. Pada peringkat awal permainan ini agak mudah tapi bila dah hujung-hujung tu mencabar minda juga.Kena pastikan si panda dapat makan buluh tu tanpa gagal untuk kutip coin. Barulah akan dapat 3 bintang. Cabaran di sini ialah di setiap level sudah ditetapkan jumlah gerakan yang boleh dibuat. Jadi anak-anak memang perlu mengasah minda untuk ke level seterusnya.


Jom Main Games Sambil Uji Minda Di Mortgage Calculator 


Macam mana, korang dah cuba permainan  yang ada di Mortgage Calculator? Jangan risau, permainan yang tersedia sesuai untuk anak-anak. Semua game percuma dan tiada iklan yang menganggu. Kadang tu sesetengah game online  ni sedang syok duk main keluar pop up iklan yang tak sesuai untuk tontonan anak-anak. 

Eh, orang dewasa kalau nak hilangkan stress pun boleh main tau. Tak perlu nak download atau register apa-apa. Cuma perlu layari browser Money Games dan boleh terus bermain. Enjoy!



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Wah! Memang bagus ni Yaya. Firdaus suka matematik, tentu kalau dia tahu ada permainan begini, tambah sukalah dia. Tq for sharing Yaya.

    ReplyDelete
  2. bahaya nih main games leh ketagih., hihi

    ReplyDelete
  3. ni mcm mak dia pun addicted main ni hahha

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post