Sedap Rupanya Aiskrim Musang King Jenama Nestle

Sedap Rupanya Aiskrim Musang King Jenama Nestle | Rasanya lama dah aiskrim Musang King ni ada di pasaran. Tapi itulah, tak pernah rasa nak cuba. Semalam suami singgah kedai runcit selepas selesai bawa adik Wazif gunting rambut. Lusa adik nak bersunat. Biar rambut dia pendek biar selesa nak berpantang gitu. Hihi

Sebenarnya dah 3 minggu Yaya dalam proses nak kurangkan berat badan. Alhamdulillah dah turun berat sebanyak 4.2 kg..5 kg lagi nak kena buang ni. Tapi hujung minggu ni memang dugaan sungguh lah nak diet. Sendiri masak sedap-sedap, pastu sendiri terliur. Suami pula sengaja bawa balik aiskrim durian musang king. Tewas akhirnya... hancur berderai diet dua hari lepas. Hari ni nak start semula..

Aiskrim Musang King Jenama Nestle


Dah makan separuh baru ingat nak ambil gambar. Aiskrim stick dengan saiz 75ml ni dijual pada harga RM6.50 satu. Pada Yaya agak mahal. Iya lah, durian musang king pun harga dah kayangan. Ni dijadikan aiskrim pula.

Dari segi rasa memang sedap. Buka je plastik semerbak bau durian. Rasa pun sedap. Patutlah harganya boleh tahan, tapi sepadan lah rasa dengan harga.

Berkongsi lah Yaya dengan suami makan sebatang aiskrim buat raso-raso. Untung juga anak-anak tak suka durian. Haha. Kami berdua ni peminat durian. Coklat Cadbury perasa durian pun anak-anak tak terliur. Tapi mak makan sedap jer...rugi anak-anak. Haha.

Akan datang boleh beli lagi aiskrim durian musang king ni. Pejam mata je beli kalau dah teringin kan. Beli satu cukuplah buat lepas hajat. Tambah duit lagi boleh beli aiskrim Nestle bekas besar warna biru tu..anak-anak pun boleh makan juga. Lagiii jimatttt.

P/S: Office mate belanja nasi lemak hari ni, berperang lagi dengan perasan antara nak makan nasi lemak dan teruskan IFLK 18:6..


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. CUya pernah cari aiskrim ni, tapi tak jumpa....maka pencarian terhenti begitu sahaja...
    mungkin next time boleh cuya , buat raso-raso... ngeh3

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post