Dah Lama Tak Sarapan Kuih Konar Leper

Dah Lama Tak Sarapan Kuih Konar Leper | Hari ini cuaca redup dari pagi hingga ke petang. Selesa sungguh nak berjalan kalau cuaca macam ni. Adik Wazif pula baru hari ni ke sekolah setelah bercuti dua hari kerana kurang sihat. Mujurlah tak melarat batuk dan demam dia. Abang Wafiq pula pagi semalam ambil dia di sekolah, dibenarkan pulang ke rumah kerana ada masalah air. Seronok lah dia dapat balik rumah lama-lama. Sebelum pergi ambil dia, beli kuih konar leper beberapa biji untuk makan dalam perjalanan. Beli lebih nak bagi suami dan Wafiq rasa juga.

Warung sebelah pejabat ni macam-macam jenis kuih ada. Tapi harga boleh tahan juga, paling murah pun sebiji kuih lima puluh sen. Kos bahan-bahan pun dah mahal. Kita faham je semua tu. Bila orang tengah menjual mereka berniaga mestilah nak untung juga. Kita pembeli ni lah kena bijak. Yang melampau mahal, tak kena dengan bajet jangan dibeli. Tapi kalau teringin sangat nak makan, tak pandai buat atau malas buat nak buat macam dah. Tepuk dada tanya selera.


Konar Leper Kuih Tradisonal Terengganu

Kuih Konar Leper
Kuih Konar Leper


Kuih konar leper ni RM1 sebiji. Lama sungguh tak jumpa kuih ni. Kuih-muih orang lama ni kalau jumpa memang menggamit kenangan. Biasa orang panggil pau goreng. Tapi yang ini bentuknya lain sedikit. Tak kembung bulat macam pau tapi leper. Pau yang dileperkan..gitu..hihi. 

Kalau pau goreng ada bahagian-bahagian dalam pau tu tak terkena inti. Inti kacang duduk ditengah-tengah je. Kuih konar leper ni pula semua bahagian ada inti. Kiranya bila gigit tu tak ada lah makan tepung semata. Tepung tu pula tak tebal tak nipis. Memang sedap.

Pagi ni ke warung sebelah lagi. Hajat dihati nak beli konar leper sebiji dua. Kuih muih banyak dah habis tinggal bekas kosong sahaja. Termasuklah kuih konar leper ni. Laku keras juga rupanya. 


kuih tradisonal terengganu

Yaya rasa resipi kuih konar leper ni sama sahaja dengan pau goreng. Perbezaan pada nama dan rupa bentuk. Tang nama tu mana dapat lah konar leper tu kan. Dah macam tayar kereta, nanti lah cuba golek kuih tu, konar leper macam drift kereta ke tidak. Haha.

Masa makan memang ler sedap. Yaya kalau makan kuih bertepung ni siap sedia lah nanti badan berangin, perut rasa penuh dan tak selesa, rasa serba tak kena. Tapi ni keadaan sebelum kenal serbuk halia tulen, Halia #1. Sekarang minum air halia dah jadi rutin selepas makan malam. Yaya pernah kongsikan kelebihan Halia #1. Boleh baca SINI.


P/S: Pagi esok nak jengah warung sebelah, kut ada rezeki dapat makan konar leper. Selagi tak puas makan..gitu lah Yaya..haha..




Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

5 Ulasan

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Selalu makan kuih ni masa kecik. Ada jual kat pasar pagi.

    BalasPadam
  2. mcm kuih roti goreng kat kelantan..:)

    BalasPadam
  3. Pertama kali dengar dan tahu. Unik namanya.

    BalasPadam
  4. Ohh baru tahu namanya kuih konar leper. Selama ni dok cakap kuih dorayaki. aduhaiii..tepuk dahi!

    BalasPadam
  5. menariknya..kuih2 ni..bulat2 ade inti dalam mcm kuih doremon hehee

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama