Sarapan Spaghetti Bolognese Cara Melayu , Guna Sos Kimball Tradisional | Ni satu keluarga baru lepas sarapan Spaghetti. Sementara anak-anak siapkan kerja sekolah Pdpr yang tertangguh, ibu ambik masa sekejap update blog. Kerja sekolah pagi semua dah siap. Saja Yaya tak bagi lagi dorang buat kerja Kafa, buat serentak kesian pulak anak-anak. Yaya sendiri tak sempat nak monitor dorang.  Kalau ikut jadual, cuti sekolah tinggal lagi seminggu. Itu siapkan mana yang tak siap lagi tu. Bila dah tak ada kerja sekolah yang kita pun lega..hihi. Anak-anak masiih sekolah rendah, macam tu lah, mak memang kena campur tangan jugak jadi cikgu.


Kalau dah tekak Melayu...

Dah lebih 10 tahun juga lah guna resepi ni. Dulu kawan satu ofis bawa spaghetti, eh sedap lah pulak. Terus minta resepi dan resepi dia lah kita guna sampai hari ni. Bila dah diolah cara penyediaan ikut citarasa orang Melayu ni sedap lah sikit hasilnya. Ada rasa pedas sikit, tak lah rasa masam pes tomato tu je. Kalau order kat kedai, anak-anak pun tak habis makan.

Herba-herba Itali semua tu tak letak. Yang jadi sedap sebab bila tambah cili giling, sos cili dan sos tomato. Untuk sos pula, yang paling Yaya suka guna sos spaghetti Kimball Tradisional. Pernah buat guna perasa cendawan dan selasih dan bawang putih tu. Tapi yang tradisional lagi sedap, bagi Yaya sekeluarga lah.


Spaghetti Bolognese


Resepi  Spaghetti Bolognese Cara Melayu , Guna Sos Kimball Tradisional

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus spaghetti
  • 1 botol sos spaghetti Kimball Tradisional - 350gm
  • 1 pek daging lembu kisar 400gm- jenama Ramly 
  • Bebola daging - jenama Ramly - letak la lebih kurang 30 biji
  • 1 tin cendawan nipis - jenama Rex
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji capsicum
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 botol air - guna botol sos spaghetti
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan spaghetti bolognese cara Melayu 

  1. Rebus spaghetti, tambah sedikit minyak dan garam. Tujuan tak nak bagi spaghetti tu melekat. Toskan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit bau. Masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging kisar, gaul mesra.
  4. Masukkan sos spaghetti dan air. Masak sehingga daging empuk.
  5. Tambah sos cili, sos tomato dan bebola daging. Masak sehingga  kuah menjadi pekat.
  6. Masukkan cendawan, capsicum dan perasakan dengan gram dan gula.
  7. Sedia untuk dihidang.

Tips:
Daging kisar dan bebola daging sekiranya masih beku, keluarkan awal dari peti ais. Mudah nak bilas air daging kalau dah lembut. Nak masak pun mudah sebab daging dah tak berketul. 


Spaghetti Bolognese Cara Melayu



Masak spaghetti hari ni tak letak capsicum, tak ada stok. Cendawan pula ada cendawan butang je. Hiris-hiris nipis, jangan pula letak seketul-seketul. Kalau ikut resepi ni, kuah spaghetti tu dapat sekuali besar, Cukup untuk 1 1/2 bungkus spaghetti.

Hidang panas-panas, pastu tabur dengan mozzarella cheese...fuhhh..sedap. Konfirm anak-anak cakap sedap. Pastu minta bayaran sepuluh hinggit kat dorang. Menu mahal ni..haha. Gurau-gurau dengan anak.



7 Comments

  1. Tak pernah lagi cuba campurkan sos cili dan sos tomato dalam sos spaghetti. Terima kasih untuk resepinya, Kak Yaya.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Bubuh kuah banyak-banyak...slurrrppp..slurrrppp!

    ReplyDelete
  3. spaghetti feberett la anak2 akak, biasa dlm tin prego buat lum try kimball

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.