Program Kawal Kencing Manis Percuma  Di KawalKencingManis.Com | Kencing manis atau diabetes adalah pembunuh senyap di Malaysia selain penyakit kanser dan jantung. Purata 100 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap hari akibat kencing manis. Manakala hampir 35,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat kencing manis. Mengejutkan, statistik juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia. 

statistik kencing manis di malaysia
Malaysia ni negara kecil je pun. Tapi kenapa ramai sangat rakyat Malaysia menghidap kencing manis? 

Yaya nak kongsikan punca-punca serta tanda-tanda sekiranya anda adalah penghidap kencing manis. Bukan apa, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda diabetes atau kencing manis dan masih lagi diperingkat awal, anda boleh cegah dan sembuh sepenuhnya. Setiap penyakit ada ikhtiarnya, Jangan ambil mudah sekiranya ada tanda-tanda awal penyakit kencing manis. 

Seterusnya Yaya akan kongsikan juga sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan, terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis

Punca Berlakunya Kencing Manis

Bacaan Gula dalam darah

Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:
  1. Berlebihan berat badan atau kegemukan.
  2. Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
  3. Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
  4. Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
  5. Peningkatan umur.
  6. Bangsa – kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

Kencing Manis Ada 2 Jenis: Diabetes Jenis 1, Diabetes Jenis 2

Diabetes Jenis 1

  • Biasanya didiagnosis dalam zaman kanak-kanak
  • Tidak semestinya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan
  • Biasanya dikaitkan dengan kadar keton yang tinggi
  • Dirawat dengan suntikan atau pam insulin
  • Tidak dapat dikawal tanpa pengambilan insulin

Jenis-Jenis Diabetes


Diabetes Jenis 2

  • Biasanya didiagnosis pada umur 30 tahun ke atas
  • Biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan
  • Biasanya dikaitkan dengan tekanan darah dan/atau tahap kolesterol yang tinggi
  • Rawatan awal adalah tanpa perubatan atau pil
  • Berkemungkinan dirawat tanpa perubatan diabetes

Jenis-Jenis Diabetes


Tanda-Tanda Atau Simptom Kencing Manis




KAWALKENCINGMANIS.COM, PROGRAM PERCUMA 100% YANG MENGEMBALIKAN SENYUMAN KEPADA PENGHIDAP KENCING MANIS 

kawal kencing manis



Sebuah platform sehenti yang diterajui ahli professional kesihatan telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis. Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021. 

Organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com. Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama. 

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9 juta rakyat Malaysia. 
Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia. 

Kajian mendapati bahawa golongan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis, berat badan yang berlebihan serta berumur diantara 45 tahun dan ke atas. 

Malah, golongan yang berisiko ini selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menghidap kencing manis. Penyakit ini boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi. 

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020). 


Kawal Kencing Manis, Jom Sertai Program Atas Talian Secara PERCUMA


Pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah:

  • Jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah 
  • Akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah, 
  • Latihan pengawalan stress, 
  • Kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam 
  • Kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi. 


Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar. 

Kesan Sekiranya Kencing Manis Tidak Dikawal

kesan kencing manis


Sebelum terlambat, dapatkan segera langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal kencing manis di:


Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini, sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 
1 Mac 2021 -14 Mac 2021. Daftar segera di www.kawalkencingmanis.com

Kencing manis juga boleh menyerang orang muda, jaga kesihatan anda dan mula bersenam sekarang!