Pokok sirih gading ni antara tanaman indoor yang Yaya minati. Pokok yang tak banyak kerenah dan mudah untuk dijaga. Sebab tu lah selain digelar Money Plant ianya digelar juga Devil's Ivy. Senang hidup walaupun diletakkan di ruangan yang kurang cahaya. Sejuk pandangan bila tengok pokok sirih gading yang merimbun. Apatah lagi kalau pokok tu ada juntaian yang panjang. Allah..sukanya tengok. 

Selain mencantikkan ruangan di dalam rumah, sirih gading juga dapat menyerap racun yang ada di dalam udara. Jangan ingat udara dalam rumah tak beracun pulak ye. Alang-alang ni Yaya nak kongsi lah info yang Yaya pernah dapat dari pembacaan lama dulu. 

Udara di dalam rumah mengandungi 2-3 kali lebih toksik berbanding udara di luar rumah. Kita tengok udara di luar rumah yang penuh dengan asap kenderaan, pembakaran, asap kilang tu bahaya. Tapi rumah yang menjadi syurga kita tu pun sebenarnya bertoksid. Kediaman yang kita habiskan masa hampir 90% berada di dalamnya. Udara di rumah tercemar dengan perabot-perabot dan peralatan rumah seperti karpet yang mengandungi bahan sintetik dengan bahan kimia di dalamnya. Jadi, dengan menanam pokok hiasan di dalam rumah dapat menyerap racun berbahaya.

Siap quote lagi biar korang takterlepas pandang baca fakta penting ni. Haha.

Berbalik pada pokok sirih gading ni, pokok ni ada ada banyak jenis..sampai berbelas-belas atau mungkin puluh jenis. Yaya pun susah nak cam id pokok ni. Antara spesies yang Yaya tahu adalah, epiprenium aureum atau pothos, philodendron, scindapsus dan cissus. Dan setiap spesies tu pun ada macam-macam lagi jenis pokok.

Spesies Epiprenium Aureum / Pothos 

Cara biak pokok sirih gading

Sirih gading yang Yaya ada ni spesies pothos. Pothos ni juga ada banyak jenis. Contoh jade, golden, neon, marble queen, njoy dan manjula. Gila la banyak jenis sirih gading ni..rasa macam nak start kumpul koleksi sirih gading, biar penuh satu rumah. Sebab semua lawa-lawa. Haha.

Setakat ni Yaya baru ada dua, jade dan njoy pothos. Sebelum kumpul koleksi pokok, kena kumpul duit dulu. Hihi. Mujur lah pokok-pokok sirih gading ni kebanyakannya bukan harga kayangan.


Cara Biak Pokok Sirih Gading - Jade Pothos Propagation

Hampir setahun juga rasanya Yaya jaga jade pothos ni. Njoy tu tak yah citer dulu lah, lambat sungguh nak besar. Jade pothos ni dah panjang juntaian jatuh ke bawah..tapi sayang, panjang je tapi tak merimbun. Ibarat rambut botak belakang. camtu lah perumpamaanyya. Dalam pasu tu tak banyak anak pokok..maknanya daun pun sikit lah. Bila tengok kat youtube ada mat saleh advice kena kerat jugak juntaian tu. Nanti akan tumbuh daun baru. Kalau ikut hati, memang sayang lah nak kerat. 

Nak biak pokok ni mudah sangat. Guna kaedah keratan. Cara potongan keratan ada kaedahnya. Korang kena potong ikut bahagian ruas. Dari tunas tu kena ambil lebih kurang 1 cm kiri dan kanan. Kemudian boleh terus tanam dalam tanah atau letak je dalam bekas yang berisi air. 

propagate pothos


Dah keluar akar boleh pindahkan ke medium tanah. Yaya dalam sebulan juga baru nampak akar-akar tu keluar. Nak keluar lambat..bila dah keluar akar tu cepat pula akar tu panjang. Masa nak tanam dalam tanah tu pastikan semua akar ditutupi dengan tanah. Kalau ada pucuk baru dekat dengan akar tu, timbus je tanah, nanti akan panjang juga pucuk tu naik ke permukaan.

Tips Menyuburkan Tanaman Sirih Gading

1. Sembur pokok dengan air yang dicampur dengan ajinamoto

Nisbah lebih kurang 500 ml air dengan 1 sudu besar ajinamoto. Kalau biakkan guna media air, boleh letakkan terus ajinamoto ke dalam bekas. Kuantiti ajinamoto bergantung kepada bekas. Macam Yaya propagate dalam botol peanut butter tu je..ajinamoto letak dalam hujung-hujung sudu kecil

2. Siram dengan air basuhan beras

Guna air basuhan beras ni untuk siram pokok memang tips turun temurun kan. Air basuhan beras ni ada vitamin yang akan merangsang perkembangan akar, daun, tunas dan cabang. Satu lagi dapat membantu pembentukan klorofil, nanti daun akan jadi lebih hijau.

sirih gading
Asal sepasu. Bahagian belakang dah mula tumbuh pucuk baru...

Epiprenium Aureum / Pothos
sekarang dah berpasu-pasu jadinya ^_^


Hati tenang tengok pokok

Bagi korang yang baru nak berjinak-jinak dengan pokok indoor ni, boleh la mulakan dengan sirih gading. Mudah hidup, tak adalah nanti patah hati patah semangat kalau tanam tak jadi.. lepas tu boleh tambah pokok lain, tambah lagi dan lagi dan lagi. Haha..

A dried plant is nothing but a sign to plant a new one

Beli pokok palsu pun harga boleh tahan mahalnya. Tanam je lah real plant yang mampu milik ni..dapat jugak sedut udara segar, jiwa pun tenang, anak-anak pun terlebih bahagia sebab mak dorang jadi lebih penyabar sejak jadi plant mom ni. Haha.

Terima kasih sudi baca.

5 Comments

  1. saya pun suka tanam pokok ni, sangat mudah jaga dan cepat membiak:)

    ReplyDelete
  2. Pokok ni senang nak biakkan kan? Kat rumah banyak FIL tanam. Tapi jenis yang ada ptih2 sikit daunnya tu.

    ReplyDelete
  3. oooo baru tahu nama pokok ni ... biasa nampak tapi x tahu nama.

    ReplyDelete
  4. Cntiknyaa pokok tu.. Kita ni mmg mls jaga pokok

    ReplyDelete
  5. haaa pokok ni la housemate kita tengah cari...dia nak letak atas meja kat opis katanya..

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.