Buah Perah, Sedap Rupanya

Buah Perah, Sedap Rupanya  | Ada yang tak pernah dengar nama buah perah ke? Bila Yaya kongsi gambar biji buah perah dalam group Whatsapp family..adik-adik semua tak tahu. Akhirnya mak respon bagi tahu ini lah buah perah. Orang muda ramai tak kenal.

Buah perah macam buah getah juga, menggunakan mekanisme letupan. Apabila buah dah masak, buah akan meletup dan biji jatuh ke tanah. Biji buah perah tu lah yang kemudiannya direbus. Yaya tak pernah tengok pokok buah perah. Proses merebus dan menjeruk buah perah lagi lah tak tahu. Tak usah lah difikirkan cara memasak, sebab pokok pun tak ada. Haha. Biasa orang jual yang dah siap sedia dimakan.

Buah perah ni bermusim. Nak tahu bila musimnya, bila pergi pasar ada makcik-makcik jual buah perah. Susah juga nak jumpa buah ni. Korang buah bermusim ni jangan duk buat mengidam lah ye. Hihi.



Rasa biji buah perah

Rasanya sedap. Isi buah perah lembut dan rasanya macam makan kacang badam atau gajus. Samalah macam biji cempedak rebus. Lebih kurang macam tu lah. Susah pula nak gambarkan rasa buah perah ni.

Jadi buah perah ni yang kategorikan Yaya sebagai 'rare' sebab susah nak jumpa dan ramai tak kenal. Kalau korang jumpa orang jual buah perah selepas ni boleh lah beli dan cuba lah rasa sendiri.


Buah Perah di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu



Harga buah perah RM1 untuk 3 ulas. Makcik tu dah bungkus siap-siap sama ada nak yang RM3 atau RM5. Sebelah buah perah tu ada jering rebus. Dimakan bersama isi kelapa muda yang digaul garam dan gula. Korang makan ke jering rebus? Jering rebus Yaya pernah cuba makan sekeping dua..rasanya tak ngam dengan Yaya. Haha. Jering segar Yaya tak pernah makan, jering rebus ni pun dulu-dulu makan  challenge diri sendiri je. Kiranya itulah yang terakhir merasa jering rebus. 

Tapi kalau ubi kayu rebus Yaya tak tolak. Owh..tak lama lagi dah musim tengkujuh di Terengganu. Syoknya kalau dapat makan ubi rebus regu dengan kopi O panas masa musim hujan. Feeling dia lain sangat. Hihi.

23 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. buah perah eh..shida pertama kali tahu ade buah tu..nnt boleh cuba beli dan rasa..

    ReplyDelete
  2. dlu igt buah getah masa mula2 mkn..haha

    ReplyDelete
  3. Tak pernah rasa.. Ni pun baru pertama kali dengar nama buah perah.

    ReplyDelete
  4. sama dengan buah kerdas kan ni, berbau gak kan Yaya macam petai atau jering betul ke? kak ana pun tak berapa pasti ni hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah perah tak ada bau kak...itu yang boleh telan tu..hihi

      Delete
  5. Tak pernah tengok, tahu pun buah perah ni. Rupanya macam biji kopi ye?. Kalau terjumpa boleh la try beli.

    ReplyDelete
  6. tak pernah tau ada buah ni , nampak sedap jer.... klu rasa mcm buah badam or gajus.. means mmg sedap gila ni

    ReplyDelete
  7. Buah perah ni macam buah berangan tu ke? Ke lain?

    ReplyDelete
  8. tak pernah jumpa pun buah ni. noob betul rasa >< ada kat ganu je ke?

    ReplyDelete
  9. first time dengar nama buah perah ni, tak pernah jumpa lagi..hehe

    ReplyDelete
  10. I k ow what is buah perah. But I never taste it before. Maybe I should try one day.

    ReplyDelete
  11. First time dengar buah perah. Ok fine klau taste dia gajus lookalike gitu.. InsyaAllah sure boleh layan. Err... Kat KL Sgr agaknya ada jual tak? Nak jugak kita try.

    ReplyDelete
  12. Sekali je pernah makan, masa tu ke Pasar Malam Paka tu..Suami beli, mula tak pandai nak makan, bila dah try, ooo sedap juga macam Yaya kata...

    ReplyDelete
  13. Tak pernah dengar atau tengok langsung buah perah nie. Thanks sebab share buah yang rare gini. Mesti ramai yang tak pernah tengok semacam Rawlins kan

    ReplyDelete
  14. Selalu juga tgk buah perah ni. Tak merasa lagi. Sedap ke? Org kedai tu dh siap rebus kan? Nanti nak cuba la bila balik terengganu ni

    ReplyDelete
  15. First time juga dengar tentang buah perah ni. Even blk ganu pun xde org kenalkan. Maybe sebab bukan musim kan. Harap dpt cuba one day.

    ReplyDelete
  16. Wahh first time Kitkat dengar about buah ni.. Maybe tak perasan sebelum ni... Next time nak try la buah perah ni...

    ReplyDelete
  17. Rupa dia macam biji kopi erk. Ehhehe.. Tak pernh ras alagi buah perah ni. Kene berkunjung rumah yaya la macam ni.. Ehehhee

    ReplyDelete
  18. First time tahu nama buah ni. Macam biji cempedak eh kak. Nanti boleh cuba. Kat KL ni tak pasti ada ke tak.

    ReplyDelete
  19. Tak pernah rasa lg buah perah ni. Nect time klu gi trengganu blhlah cari klu ada rezeki

    ReplyDelete
  20. Oh, ri tu nampak Yaya share kat IG or FB, ingatkan macam buah tupeng kat sarawak..rupanya lain bila yaya da tunjuk isinya..mesti sedap sebab macam cempedak rebus 😋

    ReplyDelete
  21. ni kali pertama ika tahu pasal buah ni. tak pernah tau pun kewujudan dia. thanks share

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post