Video Cara Bantu Anak Hafal Sifir Dengan Mudah

Assalamualaikum,

Bila diingatkan kembali memori ketika bersekolah rendah, pasti akan teringat kenangan menghafal sifir. Masa tu darjah 3. Cikgu Matematik sangat garang. Nama beliau Cikgu Othman. Nama cikgu pun Yaya ingat lagi..haha. Terbukti betapa garang dan tegasnya beliau. Bila tiba waktu Matematik memang tak senang duduk. Kalau waktu Matematik kena selepas rehat, Yaya dan ramai lagi budak-budak lain dalam kelas akan makan dekat pondok hadapan kelas je. Nak makan pun tak ada selera. Mulut terkumat-kamit menghafal sifir. Nanti cikgu masuk kelas mesti tanya sifir. Dek kerana tekun sangat hafal sifir, masa darjah 3 tu yaya dah ingat sampai sifir 12. Hihi.

Ni bila dah ada anak, kita turunkan segala ilmu. Tapi tu lah, hari ini dia ingat esok dia lupa. Lepas tu bila kita tekan sikit ingat balik. Geram juga kalau nak diingatkan.

Cara Mudah Hafal Sifir


Sebelum ni Yaya ada share cara mudah hafal sifir. Dalam post ni disertakan cara mudah hafal sifir 2 hingga sifir 9. Penerangan bergambar yang sangat membantu anak-anak.




Kali ni Yaya nak share video pula. Nampak lagi mudah dan senang nak faham. Yaya tengok video ni pun sangat teruja. Kalau masa Yaya bersekolah dulu dah didedahkan dengan teknik sebegini  pasti Yaya tak kecut perut nak menghadap kelas matematik Cikgu Othman. Haha.

Ilmu yang baik tetap berguna. Yaya nak ajar anak-anak Yaya guna teknik ini pula. 

Video Cara Hafal Sifir Genap ( Cara Mudah Hafal Sifir 2, Sifir 4,Sifir 6 dan Sifir 8)


Video Cara Hafal Sifir Ganjil ( Cara Mudah Hafal Sifir 3, Sifir 7, dan Sifir 9)


Kotak Sifir Untuk Latihan Setiap Hari



Lepas ni boleh la bantu anak-anak hafal sifir. Setiap hari pastikan anak buat latihan ye. Bila selalu buat latihan automatik dah tak perlu guna kaedah ini lagi. Setiap sifir dah tersimpan rapi di memori.

Kredit : Miera Ramlee

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Alhamdulillah sangat bermanfaat 😁

    ReplyDelete
  2. Terus saya pasang earphone nak play video..haha. Tengah cari jugak ni nak ajar si kakak. Bab sifir susah jugak nak ajar, saya suruh hafal asyik lupa je..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post