Clay Body Wash By Azyma Care | Atasi Masalah Bau Badan

by - Thursday, December 05, 2019

Assalamualaikum,

Clay Body Wash By Azyma Care | Atasi Masalah Bau Badan | Bila sebut mandian tanah liat Yaya terbayangkan teksturnya yang pekat dan ada bauan tidak enak. Masa buat unboxing video tu memang suprise bila buka penutup botol. Ternyata salah sekali tanggapan Yaya. Rupa-rupanya bau dia sangat best! Rasa tak sabar nak cuba. Ini kali pertama Yaya menggunakan mandian berasaskan tanah liat. Mesti lah excited!



Serius kami sekeluarga jatuh cinta dengan Clay Body Wash dari Azyma Care selepas penggunaan kali pertama. Krim mandian dengan bau wangi yang lembut je, mudah dibilas dan penuh kebaikan dalam satu botol. Yaya bab mandian memang agak cerewet. Yaya tak suka dengan mandian yang susah betul nak bilas, terasa krim atau gel masih berada pada lapisan kulit walaupun dah guna banyak air. Haish...tak kan nak bertapa lama-lama dalam bilik mandi kan.. Hihi.

Anak-anak memang teruja. Abang Wafiq kata pump sekali je dah cukup. Suka sangat dia. Wafiq pun komen juga senang nak bilas katanya. Adik Wazif pun sama. Lepas keluar bilik mandi bagi tau 'ibu..adik guna mandian dalam botol oren..best!'. Hihi.. Nampak gaya seisi keluarga berkongsi satu jenis mandian je la lepas ni. 


Kelebihan Clay Body Wash dari Azyma Care

  • Tiada bahan-bahan kimia berbahaya
  • Dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi
  • PH bersifat neutral
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Sangat disyorkan untuk kulit sensitif, kuat berpeluh dan ada masalah bau badan
  • Dikilangkan oleh kilang yang mempunyai international certs dan diiktiraf oleh pengeluar produk personal care antarabangsa
  • Ada GMP dan ISO
  • Disahkan HALAL oleh Jakim
  • Didaftarkan dengan KKM (NPRA)


Clay Body Wash Dari Azyma Care atasi masalah bau badan

Bestnya, Clay Body Wash ni dapat mengatasi masalah bau badan yang tidak menyenangkan. Sesuai sangatlah dengan suami dan anak-anak Yaya yang aktif bersukan. Suami Yaya setiap pagi akan pakai deodarant. Yaya minta stop dulu pemakain deodarant. Nak test betul ke berpeluh nanti tak la keluar bau tak best. Serius weh, memang menjadi clay body wash ni. Tak ada dah bau peluh hangit tu..haha.

Lagi satu, masa tidur kan paling banyak kita berpeluh. Bangun tidur celik mata je suami bagi ayat testimoni. 

'Eh..badan abang bau wangi je ni..biasa bangun tidur berpeluh-peluh..ada bau' Biasalah..lelaki kan kuat berpeluh. 'Abang tak perlu mandi dah ni..boleh terus pergi kerja'.. Haha sempat dia melawak. Tinggi betul confident level badan dia tak berbau. Hihi.

Macam Yaya, berkerja di dalam pejabat berhawa dingin memang kurang berpeluh. Tapi kesannya kulit mudah jadi kering. Azyma Care Clay Body Wash sangat sesuai untuk Yaya kerana membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.




Mandian Tanah Liat dengan Ekstrak Botani 

Antara bahan-bahan dalam mandian Clay Body Wash:


Tanah Liat Kaolin
> Sifat penyerapan semulajadi yang membantu mengurangkan masalah kulit berminyak. Dapat menghilangkan bau bada yang kurang menyenangkan.

Ekstrak bunga Chamomile
> Memberi kelembapan yang efektif pada kulit. serta melegakan keradangan pada kulit akibat gigitan serangga mahupun maslah penyakit kulit yang lain.

Minyak bunga Lavender
> Aroma lavender yang segar bertindak sebagai terapi stress. Merawat masalah jerawat di kulit badan serta kulit kering akibat dari cuaca yang panas dan kuat berpeluh semasa bersenam dan bersukan.

Ekstrak timun
> Melembapkan kulit dan membantu badan membuang toksin secara semulajadi.

Ekstrak Aloe Vera
> Aloe Vera mengandungi beta karotena, vitamin C dan E yang boleh membantu meningkatkan keanjalan semula jadi kulit dan mengekalkan kulit dari terhidrat.

Cara Penggunaan Clay Body Wash

Cara penggunaan sangat senang, hanya picitkan di atas span mandi atau tapak tangan dan mula menggosok di seluruh badan. Biarkan seketika dan bilas. 

Hanya dengan 1 kali pam untuk satu mandian sudah mencukupi. Setiap botol yang mengandungi 300 ml boleh digunakan lebih kurang 2 bulan.

Eh, ada SLES lah dalam mandian ni! Bahaya ni untuk kulit.

Korang jangan gelabah dulu ye. Ramai pengguna yang masih keliru dengan penggunaan bahan SLES / SLS yang terdapat dalam semua skincare produk seperti shower gel, shampoo, facial wash dan sebagainya. Jom baca sedikit info mengenai perbezaan SLES dan SLS ni.

Perbezaan Sodium laureth sulfate (SLES) dan Sodium lauryl sulfate (SLS).

▶ Sodium laureth sulfate (SLES) dan Sodium lauryl sulfate (SLS). SLS dan SLES adalah berbeza walaupun kedua-duanya berfungsi sebagai bahan surfactent atau bahan yang dimasukkan sebagai ejen pemekat, penstabil dan bahan awet utk ketahanan sesuatu produk tersebut. Semua produk ini akan ada SLES atau SLS ini untuk tujuan tersebut.

▶ SLES lebih lembut, tidak pedihkan mata, less impact pada kulit dan tidak disenaraikan sebagai bahan larangan. Harganya lebih mahal dari SLS. Kesemua produk termasuk produk bayi ada campuran SLE ini. Termasuklah produk Azyma Care Clay Body Wash.

▶ SLS pula biasanya akan dimasukkan dalam kebanyakan produk skincare. Ianya lebih kuat kesan, lebih banyak buih dan harganya lebih murah. Boleh juga digunakan, tetapi dalam kuantiti yang betul. Harganya lebih murah. Azyma Care produk tidak ada bahan ini.

▶ Untuk rujukan, pengguna boleh rujuk produk-produk mandian bayi sekali pun akan.ada SLES ini tapi bukan SLS.

▶ Produk Azyma Care Clay Body Wash berdaftar dengan NPRA, badan kawal selia kosmetik di bawah Kementerian Kesihatan.

▶ Produk Azyma Care di kilangkan oleh pengilang yang mempunyai taraf GMP dan ISO 9001 dan U.S Food And Drug Administration yang ketat . Pengilang ini juga mengeluarkan produk-produk terkenal lain seperti Pureen dan Carrie serta produk-produk untuk eksport ke luar negara.

▶ Produk Azyma Care dalam proses mendapatkan dermatologist recomendation. InsyaAllah mudah mudahan, kalau dizinkan ianya akan lebih menyakinkan pengguna.


Azyma Group Sdn Bhd

Untuk makluman juga, Azyma Group Sdn Bhd (1260884-K) adalah syarikat 100% bumiputra Islam. Mempunyai Ahli Penasihat Syariah yang memantau perjalanan dan produk syarikat berlandaskan syarak dan halal. 

Harga Clay Body Wash:

RM68/pax (300ml)
Harga Promosi (RM100 / 2 pax)

Maklumat lanjut boleh hubungi :

Website : www.azymacare.com


You May Also Like

27 Comments

  1. Ok kita dah bagitahu kawan kita yg kulit bermasalah utk cuba produk ni sbb ramai ckp bagus

    ReplyDelete
  2. kawan kita dah usha n order katanya nt tgk nt result after dia guna

    ReplyDelete
  3. Never try body clay shower. Look good and will give a try on it.

    ReplyDelete
  4. Menarik nie. Boleh share harga berapa tak? Rawlins pun ada masalah tidur dan badan berpeluh. Kalau berpeluh (terutama ketika bersenam) memang tak sedap baunya. Mungkin boleh membantu kan kalau pakai body wash nie kan

    ReplyDelete
  5. Produk yang baik. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  6. Wow!!!!!!! This product look so good. Packaging dia pun nampak cantik. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  7. wah bagus ni mandian tanah liat! yang penting bantu kulit untuk lebih sihat!

    ReplyDelete
  8. berapa harga sebotol ni? tertarik pulak baca benefit lepas guna. barang baik apa salah kalu kita share dengan orang ramai kan

    ReplyDelete
  9. Kita suka kalau mandi dengan mandian yang menghasilkan bau yang wangi walaupun lepas mengelap serta paling banyak buih hehehehe. Produk ni pun nampak bagus dan meyakinkan kita nak mencuba lak hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Boleh suruh anak sis cuba ni. Badan dia pun kuat berpeluh lebih2 lagi bila bersukan. Nanti nak belikan satu untuk dia lah

    ReplyDelete
  11. Sekarang tak payah susah-susah nak cari tanah liat utk jaga kulit. Boleh cuba ni nanti. Btw, tg utk penerangan SLES tu. Netizen asik nak kecam je, walhal beli jugak. Hehe.

    ReplyDelete
  12. Menariknya fungsi kegunaan azyma nie.. AM berminat nak mencuba juga la..

    ReplyDelete
  13. Dah cuba dah. Memang wangi Azyma Care ni. Best guna dia. Rasa selesa

    ReplyDelete
  14. Dah guna juga body wash ni. Bau dia best, guna sikit je pun dah cukup.

    ReplyDelete
  15. Org kata produk ni wangi sangat. Tak pernah try lagi tp feedback dr org ramai semua kt mmg terbaik

    ReplyDelete
  16. tak reti mandi guna cream ni. sejak kecil guna sabun buku jer...

    ReplyDelete
  17. Kalau bau yang lembut dan wangi memang buat semua orang nak mencubanya kan.. TB pun terasa nak cuba ni.. hehe

    ReplyDelete
  18. Ai memang terpikat dengan warna botol oren tu, terus teruja nak guna!

    ReplyDelete
  19. first time dengar produk ni. nampak gaya amcam saya kena guna jugak produk ni sebab selalu berpeluh. bolehlah cari nanti. thanks share ya :)

    ReplyDelete
  20. Tula masa pertama kali datang nad pun teruja sangat.. Tak snagka ada body wash clay ni.. Nad pakai badan rasa segar, bersih dan lembap.. Saja juga tak pakai deodoran, ketiak tak bau busuk pun walaupun berpeluh

    ReplyDelete
  21. biasa saya mandi pakai terus syampu shj. takde mandian khusus. hihi

    ReplyDelete
  22. Rimas juga kalau duduk dekat ngan org yg badan berbau ni kan? Eloklah amalkan produk ni! Biar aman sentosa gittew. Hehe

    ReplyDelete
  23. Bagusnya produk macam ni. Hahahaa. Nanti nak cuba. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  24. oh bau badan juga ye? real testimoni mek dah tengok depan mata menggunakan azyma care ni. terus must have kat rumah as Amzar (anak kedua mek) mild eczema.

    ReplyDelete