Giveaway Akhir Tahun HasrulHassan.Com

Assalamualaikum,

Giveaway Akhir Tahun HasrulHassan.Com | Giveaway Akhir Tahun - Wang Tunai dan Template Blogger Premium



KLIK BANNER UNTUK TURUT SERTA


Tuan Hasrul Hassan (HH) menjadi penulis blog aktif sejak 2010. Yaya juga mula menulis blog pada tahun tersebut. Sejujurnya banyak ilmu dah Yaya ambil dari blog HH. Pada suatu ketika dahulu, apa sahaja masalah berkenaan blog, samaada masalah coding, permohonan untuk iklan Nuffnang, cara letak iklan, pendek kata segala carian Yaya di Google berkenaan blog akhirnya akan terpaut pada blog HH. Rasanya begitulah Yaya mula mengenali HH.

Akhirnya, lepas Yaya kembali aktif berblog, blog HH menjadi rujukan. Tak perlu search di Google lagi. Yaya terus ke blog HH dan terus klik pada kanta untuk carian. HH banyak member tips untuk blogger. 

Terbaru, Yaya merujuk kepada artikel yang di tulis HH berkenaan cara untuk rendahkan kadar bounce rate. Memang menjadi masalah untuk yang tidak pakar. Rupanya hanya dengan beberapa langkah mudah bounce rate pada blog ini mula rendah.

Pendek kata HH memang menjadi sifu untuk blogger. Yaya pun ada juga PM beliau di Facebook bertanyakan mengenai Adsense. HH sentiasa bermurah hati untuk membantu.

Bukan sahaja mengenai blog, membaca blog HH ternyata memberi maklumat pelbagai cabang ilmu. Ada artikel mengenai kekeluargaan, ada tips percutian dan macam-macam lagi. Itu lah selalu sangat Yaya lepak lama-lama kat blog HH tu. Lain yang dicari, tapi pasti tak akan berakhir di situ sahaja. Pasti akan tertarik dengan link-link lain di blog HH.

Semoga HH sentiasa dimurahkan rezeki dan tak jemu-jemu berkongsi tips blogging. 

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post