8 Jenis Buah-Buahan Yang Perlu Ada Dalam Peti Ais Di Rumah

Assalamualaikum,

8 Jenis Buah-Buahan Yang Perlu Ada Dalam Peti Ais Di Rumah | Buah-buahan yang akan Yaya senaraikan mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Insya Allah bermanfaat terutamanya untuk anak-anak yang mudah terdedah kepada jangkitan penyakit di tadika ataupun sekolah. Biasakan anak-anak untuk amalkan makan buah-buahan. Periksa peti ais di rumah anda, ada tak buah-buahan? Ke jajan yang banyak? hihi.

Majoriti mengganggap buah oren mengandungi tinggi vitamin C. Sebiji oren bersaiz sederhana membekalkan 69.7 mg vitamin C. Sebenarnya ada banyak lagi buah-buahan yang kaya Vitamin C. Ternyata buah kegemaran kami sekeluarga iaitu jambu batu mengandungi vitamin C paling tinggi.

Antara kebaikan Vitamin C :



  • Menguatkan sistem imun  anak
  • Menguatkan gusi anak
  • Membantu melawan radikal bebas
  • Membantu proses penyembuhan luka anak
  • Membantu penyerapan zat besi

Kandungan vitamin C untuk setiap 100gm hidangan buah : 


  1. Jambu batu - 228.3 mg
  2. Kiwi - 92.7 mg
  3. Strawberi - 58.8 mg
  4. Betik - 55.0 mg
  5. Oren - 53.2 mg
  6. Lemon - 53 mg
  7. Nanas - 47.8 mg
  8. Mangga - 36.4 mg


8 Jenis Buah-Buahan Yang Perlu Ada Dalam Peti Ais Di Rumah



1. Jambu batu

Jambu batu adalah buah yang anak-anak pasti makan sampai habis kalau dihidang. Mungkin sebab teksturnya tidak lembik berair. Anak-anak kalau diberi buah-buahan yang lembik mereka kurang gemar. Antara jambu batu putih dan pink, dua-dua pun sedap. Jambu batu putih senang nak dapat. Yang pink pula kalau cari di pasar memang tak jumpa. Kebiasaannya, orang tanam di laman rumah dan saiz buah pun kecil je.



2. Kiwi  


Buah kiwi yang selalu kita jumpa di pasaraya adalah jenis kiwi yang isinya berwarna hijau. Buah kiwi yang mempunyai isi kuning ataupun dipanggil gold kiwi mempunyai kandungan vitamin C yang lebih tinggi berbanding kiwi hijau. Rasa gold kiwi pun lebih sedap. Tapi, gold kiwi ni harganya mahal sedikit. Susah pula nak dapat sebab gold kiwi adalah buah bermusim.




3. Strawberi

Seronoknya dapat makan buat strawberi segar dari Cameron Highland. Kalau beli di pasaraya harganya boleh tahan mahal. Lagi pula dalam sebekas tu mesti terkena juga sebiji dua buah yang dah rosak. Buah yang elok pula tak tahan lama. Jadi, buah strawberi ni kena makan segera selepas beli..kalau rosak sayanglah. Strawberi sangat kaya dengan antioksidan yang memberi manfaat untuk kesihatan jantung dan mengawal kandungan gula dalam darah.



4. Betik  

Inilah buah yang digerlar ' The Fruits of Angels' kerna bentuk dan rasa yang sedap. Buah yang tinggi vitamin C dan dan mempunyai ciri-ciri antioksidan dan kaya dengan mineral lain. Buah betik boleh merangsang pertumbuhan dan menguatkan rambut. Dikatakan jugan enzim dalam  buah betik mampu menghilangkan tanda-tanda penuaan, kurangkan jerawat serta jeragat. lagi best, boleh mencerahkan kulit.


5. Oren 

Buah oren sinonim dengan vitamin C. Sebut vitamin C mesti kena makan oren kan? hihi. Buah oren antara buah yang senang didapati. Pengambilan sebiji oren membekalkan keperluan vitamin C sehari untuk seorang dewasa. Sebiji buah oren mampu membekalkan pelbagai nutrien makanan semula jadi, selain penting untuk membekalkan serat dan meningkatkan kesihatan usus. Tapi kalau buat jus oren khasiat dah tak sama tau sebab ditapis, serat dah tak ada..hihi..

6. Lemon

Masamnya..macam mana nak makan buah lemon? hihi.. Menariknya, anda akan mendapat lebih banyak vitamin C dari kulit lemon - 129mg setiap 100g kulit - daripada makan lemon yang dikupas keseluruhan, yang mengandungi 53mg vitamin C dalam saiz hidangan yang sama.


7. Nanas 

Nanas kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Kandungan Bromelain dalam buah nanas merupakan enzim pencernaan yang membantu memecah protein dalam makanan dan mengurangi kembung, serta juga dapat bertindak sebagai anti radang. Kanak-kanak yang memakan nanas mempunyai risiko yang lebih rendah untuk dijangkiti virus dan bakteria.

8. Mangga 

Buah mangga paling senang diperolehi. Terdapat beratus-ratus jenis mangga, masing-masing dengan rasa yang unik, bentuk, saiz dan warna. Bukan saja rasanya yang sedap, tapi buah mangga hebat dengan pelbagai nutrisi. Vitamin C dalam buah mangga menggalakkan pertumbuhan rambut dan memperbaiki pertahanan kulit. Walau bagaimanapun, ia mengandungi lebih banyak gula daripada buah-buahan lain. Nikmati mangga secara sederhana dengan menghadkannya di bawah dua cawan (330 gram) sehari.

6 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Abe kie n anak2 mmg selalu mkn buah2an...

    ReplyDelete
  2. Oren dan mangga je rajin beli. Yang lain tu ikut tekak dan mood. Huhuhu. Apapun, memang bagus makan buah banyak ni. Kulit jadi mulus dan lembab je.

    ReplyDelete
  3. Semua kat atas tu tekak saya boleh terima kecuali betik. Disebabkan dulu makan betik secara berlebihan sampai rasa muak, sampai sekarang dah tak lalu nak makan betik😂.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. 1st time dtg sini,sis follow. Sis sorang yg suka buah gak... paling suka betik ngan honeydew hehe

    ReplyDelete
  5. Yg sokmo ada dlm esbok akk ialahhh..betik dan lemon, kadang2 epal. Akk suka betik sbb dia mengenyangkan.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post