Business Card dari BG Design

by - Sunday, March 24, 2019

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak ada bisnes kad untuk blog. Awal bulan baru ni Yaya hadir ke satu press conference berkaitan Karnival Kewangan di Bank Negara Kuala Terengganu.  Terasa ralat apabila pihak penganjur meminta bisnes kad. Tapi Yaya tak pernah buat pun bisnes kad untuk blog ni.

Bukan sekadar menulis kerana minat, Yaya mula fokus untuk jadikan blog sebagai medium untuk tambah pendapatan. Alang-alang menulis, bagus juga kan dapat tambah duit tepi sikit-sikit. Semoga ada rezeki Yaya berblog sambil menambah pendapatan. 

Bila Yaya up status di Facebook, blogger Nad dan Gee cadangkan Yaya buat bisnes kad dengan BG Design. Kebetulan BG Design ada buat promosi sehingga penghujung Mac. Apalagi Yaya terus contact BG Design.


Yaya pilih design readymade.  Asalnya plan nak bisnes kad warna putih tapi bila tengok contoh yang readymade warna hitam pula yang nampak menawan dan menarik hati.

Korang kalau ada citarasa sendiri, nak design sendiri pun boleh. Kalau tak pandai design boleh minta BG Design designkan untuk korang. Macam yaya nak yang simple je cuma pilih dari design sedia ada.


Yaya buat pembayaran hari Rabu. Hari Sabtu dah dapat bisnes kad. Pantas betul. Ni Yaya buat 3 kotak..jenuhlah nak perabih. hahaha.

Korang kalau nak tempah bisnes kad atau pun pelbagai lagi hot produk BG Design seperti bunting, buku nota, poster, flyers ataupun tempahan website boleh hubungi BG Design.

Facebook : BG Design
Instagram : BG Design
Emel : bgdesign.biz@gmail.com
Whatsapp : 010-795 0473

You May Also Like

3 Comments