BANK NEGARA MALAYSIA MENGANJURKAN KARNIVAL KEWANGAN TERENGGANU DI TH HOTEL AND CONVENTION CENTRE DARI 4 – 6 APRIL

BANK NEGARA MALAYSIA MENGANJURKAN KARNIVAL KEWANGAN TERENGGANU DI TH HOTEL AND CONVENTION CENTRE DARI 4 – 6 APRIL  | Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan karnival Kewangan Terengganu bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus dari 4 - 6 April 2019. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangandalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur.

Karnival Kewangan




Taklimat bersama media di Bank Negara Kuala Terengganu

Bertemakan ''Utamakan Keperluan Kewangan anda'', Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans/takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerahan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.

Karnival Kewangan Terengganu adalah kolaborasi bersama Pejabat-Pejabat Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)


Bersama Datin Arlina Ariff , Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia

Karnival mesra keluarga ini menawarkan pelbagai aktiviti termasuk forum perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, Pocket Talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan pengacara, Mat Dan dan Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.

Aturcara penuh Karnival Kewangan Terengganu

Taklimat kewangan yang disediakan:


a) Link dan Anda
          > Hak dan tanggungjwab pengguna
          > Kepentingan perlindungan takaful
          > Aduan penyelesaian kewangan
          > ePembayaran

b) Jenayah Kewangan
          > Skim Cepat Kaya
          > Macau Scam

c) Kenali Wang Anda
          > Tips mengenali wang palsu

d) Pengurusan Kewangan
          > Tips menabung
          > Mengurus hutang dan perbelanjaan

Perkhidmatan kewangan yang disediakan:

a) Cetakan CCRIS dan pendaftaran eCCRIS
b) Aduan dan bantuan penyelesaian kewanagan
c) Pembukaan akaun
d) Menyertai polisi takaful

Siri jelajah juga turut dianjurkan untuk mempromosikan karnival yang bertajuk Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula 18 hingga 31 Mac 2019 sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama 3 hari.

11 Lokasi Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan Terengganu

NO.NEGERIDAERAH/BANDARLOKASITARIKH
1PAHANGGAMBANGDEWAN ASTAKA, UMP KAMPUS GAMBANG18 MAC
2PAHANGJENGKADEWAN SEMAI BAKTI, FELDA JENGKA 1119 MAC
3TERENGGANUDUNGUNDEWAN ORANG RAMAI, KETENGAH JAYA 1, BANDAR KETENGAH JAYA20 MAC
4TERENGGANUKUALA NERUSDEWAN GEMILANG, UNISZA KAMPUS GONG BADAK24 MAC
5TERENGGANUKUALA NERUSDEWAN AUDITORIUM MAHYUDDIN UMT TERENGGANU24 MAC
6TERENGGANUSETIUDEWAN MAJLIS DAERAH SETIU SG TAROM25 MAC
7TERENGGANUBESUTDEWAN MAJLIS DAERAH BESUT, KG GONG KEMUNTING26 MAC
8TERENGGANUHULU TERENGGANUDEWAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU27 MAC
9TERENGGANUMARANGDEWAN MAJLIS DAERAH MARANG28 MAC
10KELANTANKOTA BHARUKOMPLEKS BALAI ISLAM, LUNDANG21 MAC
11KELANTANPENGKALAN CHEPADEWAN UTAMA, UMK, KAMPUS KOTA31 MAC

Bersama blogger Terengganu

Bersama blogger Terengganu

Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-6220571

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Yaya Azura, alangkah baiknya kalau diadakan di Seremban.
    LZ suka dengan info mengenai pengurusan kewangan dan yang berkaitan..
    Karnival begini elok diluaskan ke semua negeri, terbaik BNM!

    ReplyDelete
  2. menarik karnival macam ni...boleh dedahkan lebih banyak info tentang kewangan kepada masyarakat

    ReplyDelete
  3. terbaek.. menarik karnival camni :)

    ReplyDelete
  4. Bagus ni boleh educate rakyat betapa pentingnya pengurusan kewangan

    Husniey mari follow sini kak yaya.. 😍

    www.husnieyhusain.com

    #1242

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post