Romance Is A Bonus Book, Drama Terbaru Dibintangi Lee Jong Suk Dan Lee Na Young

Romance Is A Bonus Book, Drama Terbaru Dibintangi Lee Jong Suk Dan Lee Na Young | Siapa peminat Lee Jong Suk angkat tangan tinggi-tingi? hihi.. ala..ada yang tak kenal ke? Yaya suka sangat melayan K-Drama. K-Drama ye..bukan K-Pop. Beza tu.. Yaya tak nak buat perbandingan drama ataupun movie Korea dengan drama Malaysia. Lain orang lain citarasa dan pendapat. 

 

Yaya tonton kesemua drama dan filem lakonan Lee Jong Suk (LJS). Haha. Tak ada kerja sangat kan Yaya ni. Tapi tu lah nak buat macam mana. Bukan cerita yang ada  LJS  je, yang tak ada Lee Jong Suk pun Yaya layan. Pendek cerita best-best drama Korea ni. Hihi.

Romance Is A Bonus Book adalah drama terakhir LJS tinggalkan untuk peminat beliau. LJS khabarnya akan mengikuti military service selama 2 tahun.

Sinopsis Romance Is A Bonus Book


Romance Is A Bonus Book


Other name : Romance Is A Supplement, How To Publish Love
Country : South Korea
Cast : Lee Jong Suk, Lee Na Young, Wi Ha Joon
Genres : Comedy, Drama, Life, Romance
Date aired : 26/01/2019 - 17/03/2019

Romance Is A Bonus Book disiarkan di saluran TVN pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9.00 malam waktu Korea Selatan. Malam ini 10/02/19 episod yang ke-6, 16 episod semua sekali.

Menceritakan soal kisah cinta Cha Eun Ho (Lee Jong Suk) dan Kang Dan Yi (Lee Na Young). Di mana Cha Eun Ho merupakan seorang penulis dan editor termuda di sebuah syarikat penerbitan dan juga seorang professor. Sedangkan Kang Dan Yi / Dan-I merupakan wanita berbakat dan juga ibu tunggal yang sedang mencari pekerjaan.

Eun Ho dan Dan Yi saling mengenal di masa lalu. Dan Yi telah menyelamatkan Eun Ho dari kemalangan kereta tetapi Dan Yi pula yang menjadi mangsa kemalangan. Sepanjang berada di hospital pelbagai buku di baca bersama dan wanita ini lah yang membuatkan Cha Eun Ho memilih jalan sebagai penulis.

Dan Yi wanita berusia 37 tahun yang telah bercerai selama satu tahun dan memiliki seorang anak. Dan Yi yang sekarang tiada rumah, wang dan juga kehilangan masa mudanya harus kembali mencari pekerjaan.Tanpa disedari Eun Ho, Dan Yi menjadi pembantu rumah Eun Ho dan tinggal serumah dengan Eun Ho secara sembunyi. Dalam masa yang sama Dan Yi menghadiri pelbagai temuduga dengan menggunakan ijazah. Walaupun memiliki banyak pengalaman, kemampuannya bekerja diragui kerana telah lama menjadi suri rumah tangga.

Eun Ho sangat terkejut apabila Dan Yi menghadiri temuduga di tempatnya bekerja. "Seorang lulusan dari universiti ternama, kenapa dia berpura-pura hanya seorang lulusan sekolah menegah? Apakah dia sudah bercerai?"Pelbagai persoalan menjadi tanda tanya kepada Eun Ho.

Rupa-rupanya Eun Ho dalam diam telah lama menyukai Dan Yi. Walaupun hubungan rapat mereka sejak dari kecil umpama hubungan seorang kakak dan adik. 
 

Romance Is A Bonus Book - Pendapat Peribadi

 
Perbezaan usia sebenar adalah 10 tahun, LJS kini (30 tahun) dan Lee Na Young (40 tahun). Gandingan mereka berdua pada pendapat Yaya serasi walaupun perbezaan umur agak ketara. Kali ini LJS membawa peranan lelaki romantik diselitkan dengan komedi. Menonton Romance Is A Bonus Book membuka mata yaya terhadap dunia penerbitan. Bermula dengan penulisan buku, penyuntingan, strategi pemasaran sehinggalah kepada pelupusan buku. Buku di mana-mana. Hihi. Memang banyak dapat ilmu baru. Kewujudan watak yang di bawa Wi Ha Joon sebagai 'second hero' harapannya tidaklah mencetuskan 'second lead syndrome'.

Jangan lupa malam ini episod 6. Kalau nak tengok online tengah malam sikit dah ada orang share. Selamat menonton Romance Is A Bonus Book.


8 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. PC dan En Suami suka K-Drama ni.Memang suka.Tapi buat masa ni stop dulu sebab kalau tengok tak puas nanti mula ari DVD nya pulak..agak mahal juga sebenarnya..hihihihi..makanya nak jimat tengok je kat tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu-dulu yaya suka download. simpan buat koleksi. tapi sekarang sekali tengok je..tak download dah.

      Delete
  2. yeay..!! tapi nak tnggu banyak2 episode dulu baru mula tengok. CT download je dlu tengoknya ikut mood. mcm citer Encounter hahaha baru je habis tngk padahal da lama. skrng tengah focus The Last Empress..!! ini masuk waiting list..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kumpul2 episod pun best..tapi tak tidur malam lah jawabnya. haha.

      Delete
    2. hihi boleh.. sebab bukan jenis marathon. unless time rajin sngt2 nak stay up. debar tunggu next episode tu tak suka kekeke.. kalo tengok drama melayu pun..

      Delete
  3. eeeeeeeee kita minat gila okkk kat LJS niiii...nak kena tengok la ni! yihuuu~ maceh yaya share!

    ReplyDelete
  4. da screenshot ni, yaya.
    nak tunggu up di android box.
    tgk sekaligus jer nanti :)
    kalau bersambung2, letih nak tunggu next episod.
    tak sabar!!!

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post