Ku Mohon | Lirik dengan maksud yang mendalam, menyentuh sanubari. Tak pernah bosan dengar lagi ni. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Maha Pencipta.



Penyanyi: Sheila Majid 
Komposer: Mac Chew 
Lirik: Sheila Majid 
Produser: Mac Chew & Jenny Chin 

Setiap hari ku mohon 
Agar Kau sentiasa 
Memberiku ketenangan 
Dalam hati kekuatan 
Menempuhi segala 
Dugaan yang mencabar ini 
Pasti, punya ertinya 

Engkau beriku harapan 
Menjawab segala persoalan 
Hadapi semua dalam tenang 
Dengan merasa kesyukuran 
Ku doa Kau selalu 
Mengawasi gerak-geriku 
Berkatilah... ku perlu rahmat darimu 

Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku 
Untuk menempuhi segala 
Hidup penuh cabaran ini 
Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepada Mu 
Agar jiwaku tenang 
Dalam bimbingan mu, selalu 

Adakala ku merasa 
Hidup ini seperti kaca 
Jikalau tidak bersabar 
Hancur berderailah akhirnya 
Tabahkanlah hatiku 
Melalui semua itu, 
Kuatkanlah, cekalkanlah diriku 

Curahkanlah nikmat Mu 
Pada hidupku

0 Comments