Mana la nak cari seragam bomba

by - Tuesday, February 19, 2013

Bismillah...

Assalamualaikum ...



'ibu..wafiq tak nak jadi doktor dah..nak jadi bomba penyelamat boleh?'

begitulah kuatnya aura..sampai sanggup tukar cita-cita..haha..nie semua gara-gara Sedia Menyelamat!


tak tau lah berapa juta kali dah dia khatam episod Sedia Menyelamat ni..mula lah skrip jadi sebutan harian.

'ikut arah apa?'... 'arah angin...'

'punca apa?' .. 'punca kebakaran...'



itu tak kisah.. sekarang dah ada masalah baru...'ibu..balik sekolah esok kita pergi kedai ye..cari baju bomba'

hah! sampai macam tu sekali taksubnya..seingat yaya inilah pertama kali dia minta belikan sesuatu dari apa yang dia tengok kat TV..tengok Boboiboy tak minta belikan pun patung hero kuasa 3 tu..tengok bola kampung pun sama..ibunya je yang belikan tabung bola kampung..patung upin ipin pun tak terliur...


tapi bila upin pakai seragam bomba terus minta belikan ... haiyaa anak ibu....


mmm..petang esok balik sekolah mesti 'perang besar' dalam kereta..haha..mana lah ibu nak cari seragam bomba nih...kalau ada jual pun tak koser la den nak membelinya..haha


*episod Jari Jemari Salleh pun pernah menghantui yaya....






.

You May Also Like

2 Comments