Bismillah...

Assalamualaikum...

Minum air masak banyak2 nie dah macam penyakit berjangkit dah kat ofis yaya. Dari yang tak suka air putih dah boleh telan air putih..dari yang minum sebotol, sekarang dah minum berbotol-botol... bagus-bagus..semua dah tahu kepentingan minum air nampaknya.. ibu hamil dan ibu menyusu lagi lah perlu minum air lebih banyak dari biasa.. yaya paling banyak waktu pejabat 2.5 liter..tu pun dah tak terkira berapa kali ke tandas.. makan supplement lagi la kena banyak minum air..

cara yaya nak tahu macam mana yaya dah cukup minum air atau tak melalui warna air kencing.. pastikan ianya tidak berwarna ye.. tu maknanya badan dah terima cukup air.. kalau korang sering sakit kepala, sembelit, letih mungkin disebabkan kurang air.




Formula pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang perlu diminum:

Sebanyak 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan.Contohnya, berat badan 75kg jadi ;

--- 25 kg = 1liter

--- 75 kg ÷ 25 kg = 3 liter

Maka jumlah air yang diperlukan sekiranya berat badan 75kg ialah 3 liter.

Tapi awas! Jangan minum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yang hilang korang kenalah minum air isotonik. Tak pun untuk jimat bajet tambah je secubit garam dalam air kosong sebelum diminum.