Assalamualaikum...
Kesian Ahmad. Terlalu banyak rintangan hidup yang ditempuhi anak kecil berusia 10 tahun itu..ibunya dah lama meninggal dunia..tinggal Ahmad bersama ayah dan nenek yg sudah uzur di sebuah rumah sewa.
Sepatutnya pada ayahnya lah Ahmad bergantung hidup dan menumpang kasih..tapi ayahnya pula hanya tahu merosakkan diri. Tegar bersahabat dengan najis dadah.
Demi sesuap nasi dan rumah sewa yg tak dibayar..nenek Ahmad terpaksa meminta pertolongan kesana kemari. Nak bekerja kudrat dah tak ada. Mohon bantuan dari badan berkaitan..berjalan mohon bantuan dari syarikat-syarikat.
Sehingga sampai Ahmad dan neneknya ke sebuah syarikat. Mendengar masalah yang dicerita oleh nenek Ahmad yg ketika itu hanya bercerita tentang kesempitan hidup dan ibu Ahmad yg telah tiada. Ayah Ahmad pula hilang entah ke mana. Pihak pengurusan syarikat telah hulurkan bantuan. Dilunaskan hutang rumah sewa yg tertunggak lebih setengah tahun itu. Diajak pergi shopping barang keperluan rumah.
Bukan sekali itu kedatangan Ahmad dan neneknya ke syarikat terbabit. Sehinggalah yang sekali itu..ketika menghantar mereka pulang ke rumah bersama barang keperluan, nampak lah kelibat seorang lelaki..baru tau ayah Ahmad rupanya.. Masih muda..kiranya masih berupaya mencari rezeki untuk anaknya Ahmad dan ibu mentua.
Baru lah tau dari jiran sekeliling.. ayah Ahmad rupanya bersahabat dengan najis dadah. Patutlah duit yang diberi selalu tidak cukup. Ada yang memeras di rumah rupanya.
Sehingga la kini..nenek Ahmad telah meninggal dunia..tinggal lah Ahmad bersama ayahnya yang tak boleh diharap itu tapi pintar tak bertempat..dibawanya Ahmad meminta sedekah kesana kemari. Dibawanya Ahmad ke syarikat yg pernah menghulurkan buat Ahmad dan neneknya dahulu..walaupun kesian apabila memandang wajah Ahmad tp mengingatkan akan ayahnya rasa geram dan sakit hati pula menerbit..kerap juga mereka dtg..
Ada seorang guru sekolah Ahmad jatuh belas pada nasib Ahmad. Dimohonnya pada ayah Ahmad untuk ajak Ahmad tinggal bersama. Mahu menjaga makan minum. Biar senang nak belajar.. tapi ayah celaka pula tak berhenti minta duit pada si guru.. akhirnya Ahmad kembali bersama ayahnya..
Sehinggalah suatu hari... Mereka berdua datang lagj ke syarikat yg sama..mohon bantuan..kata ayah Ahmad rumah mereka terbakar.. setelah disiasat betul rumah mereka terbakar..tapi ada cerita disebaliknya..pada hari kejadian, ada polis meronda di sekitar rumah Ahmad. Ayah Ahmad yang ketika itu sedang mengadap lilin untuk kerja merosakkan diri mula rasa gerun. Cepat-cepat dia menuruni rumah..rumah pangsa pulak tu..habis lilin terkena botol racun serangga. Berlaku letupan kecil...
Hidup mereka makin terdesak..Ahmad diajar si ayah meminta sedekah pada orang ramai..untuk ayah keparat sebenarnya..digunakan Ahmad supaya mencari wang..selain untuk makan minum dah tentu yang paling utama untuk membeli benda haram itu..
Ahmad budak pintar. Melihat wajahnya dan cara bercakapnya saja sudah boleh tau betapa cerdiknya budak Ahmad tu.. tak padan dengan usianya.. pintar dan beradab.Tak dapat nak bayangkan..budak seusia Ahmad diperlakukan sebegitu oleh ayah kandung
Seolah cukup faham itu bukan yg terbaik untuk dirinya..seolah cukup faham dia perlu melakukan sesuatu utk masa depan yg lebih menjamin...Ahmad seorang diri ke balai polis..membuat aduan..diadunya ayahnya mempergunakan dirinya..dipaksa jadi peminta sedekah...siasatan mula dilakukan..dan sekarang Ahmad dibawah jagaan pihak berwajib.. Alhamdulillah... Semoga masa depan Ahmad lebih terjamin..
.
Published with Blogger-droid v2.0.6
sedih baca...apa teruk sangat ayah dia ni..mujur anak dia pandai blh fikir utk kebaikan bersama...
ردحذفsyukur ahmad seorang anak yang pintar..kalau 2x5 dengan ayahnya silap silap dia pun terjebak.. kecil kecil jadi peminta sedekah..sudah besar jadi penjenayah pula..
ردحذفkesian dengan anak anak yang macam ni..ibu bapa yg tak bertanggungjawab..dalam keadaan mcm ni kadang2 saya rasa jiran2 sepatutnya lebih ambil berat dan cepat2 adukan hal tersebut pada pihak berkuasa..
Ada kisah cerita kisah disebalik dipergunakan jugakan. Kakak macam ada terbaca yg si anak dipaksa oleh ayahnya melakukan perkara terkutuk utk melempiaskan nafsu juga. Kakak dapat melalui email lama tapi tak sama sangat dan dikatakan kisah benar juga..
ردحذفEntahlah mana pergi peri kemanusiaan seorg ayah hilang tak boleh dikata..:(