Potato Wedges ~ bekpes omputih pagi ni

by - Saturday, May 05, 2012


Assalamualaikum.....


Mr.tmfs ada beli instant cheese powder..jadi regunya adalah potato wedges, boleh je nak makan dgn nugget ke, sosej ke...tapi pagi nie nak feel ala- ala makan potato wedges kat kfc nun...hihi....




Ni la rupa cheese powder bila di bancuh dgn hot water...rasa? Memang sama dgn yg kfc punya...:) mr.tmfs beli cheese powder tu dengan kawan dia...caranya 1 part of cheese powder campur dgn 2 parts of hot water..tp betapa malangnya ikut cara tu sampai lenguh tangan nie mengacau dia tak mo pekat..huhu...transfer task to mr.tmfs..bila dijenguk kembali..ok dah pekat...rupanya mr.tmfs lagi terror..dia tambah cheese powder tu sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan idaman...hehehe...

Potato wedges..disebabkan entri nie agak ringkas dan cara nak buat potato wedges agak mudah, jadi yaya akan tempek resepi nak buat potato wedges tu...kihkih...

Yaya guna :

1 kg kentang
2 cwn tepung serbaguna - guna brand Adabi..sekotak mmg 2 cawan
1 sudu makan serbuk lada sulah
Air, minyak dan garam

Cara-cara :

Kentang dibuang kulit dan dipotong. Rebus dgn sedikit garam,yaya guna karam kasar.
Masak kentang separuh lembut dan toskan.
Masukkan tepung serbaguna dan lada sulah ke dalam mangkuk, campurkan dengan sedikit air..jangan cair or jangan pekat sangat.
Masukkan kentang dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan...


Ok..selamat mencuba.



You May Also Like

3 Comments

  1. wida selalu bei wedges segera tu jer. cheese powder tu mmg sedap..tp lepas preggy baru ni terus tak lalu makan:(

    ReplyDelete