Jeli Oren

Assalamualaikum ...


 Penuh fridge dengan buah oren yg dah bertukar jadi jeli oren ....



ni kali kedua buat jeli oren.kali nie buat banyak sikit...borong 25 biji limau kat Sabasun ..kali nie tak guna sunkist tapi nama limau nie limau Brazil.. sizenya pulak agak besar dan bulat molek orang kata..ok sangat la kalau nak buat jeli oren..

isi buah limau semua manis-manis..jadi kuantiti gula pun dikurangkan..ikut sukatan kak nor guna..cara-cara pun ikut cara kak nor...nampak tersusun dalam fridge kan ? tapi before tu mmg letak atas mug jugak..huh..tak cukup mug..letak atas pinggan gitu je..letak rapat-rapat tak nak kasi senget..kan leleh keluar lak jeli tu..bila dah pejal sikit terus susun dalam fridge..

yaya buat banyak nie pun sebab nak bawak gi ofis ahad lepas..biasa la hari ahad kebiasaannya ada makan-makan..sebelum nie every sunday baca Yassin  tapi sekarang dah selang seli dengan tazkirah dari ustaz jemputan..so time ada ustaz tu sah-sah la ada makan-makan...




FRUIT JELLY by Yani MyR
Rujukan : Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

* kalau nak tengok step by step yg Yani buat boleh tengok kat [https://myresipi.com/top/detail/954] ya..


** k.nor ada edit sket bahan2 tu:
k.nor buat 2 adunan jd bahan yg digunakan kena la di ejjas sket kan dan gula lak spt biasa k.nor mmg kurangkan sbb kurang suka manis2

5 biji limau- large size
10g serbuk agar-agar
1000ml air + jus limau
7 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)



nak tengok kaedah-kaedahnya sila ke blog kak nor ye .... SINI

5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. wah kreatif la wt cmni.. aku pun buat jelly atas permintaan damia.. blom sempat nk post lg.. aku wat jelly pandan lumut hehehe nnti nak try jelly mcm ko ni plak ^_^

    ReplyDelete
  2. sangat menarik ni.. sya mesti mau coba! =)

    ReplyDelete
  3. wargh comel n nampak sedap sangat! must try.

    ReplyDelete
  4. banyaknye.....tersusun aje dlm fridge tu....

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post