Assalamualaikum....

Up resepi siakap 3 rasa buat semalam...makan 3 rasa nie mmg menyelerakan..rasa pedas masam manis tu mmg tak mampu tekak nie nak tolak..tak de selera pun tiba-tiba boleh jadi berselera...hehe..tapi yaya bukan pro sangat pun..tersangat tak pandai sebenarnya...resepi nie ikut cara mak yaya...resepi biasa yang istimewa bagiku..hehe...





Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 ulas bawang putih - dadu
  • 1/2 biji bawang besar - dadu
  • 1/2 biji tomato - dadu
  • 10 biji cili padi - hiris nipis2
  • sedikit nenas - dadu - xletak sebab xde stok
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit cuka

Cara-cara :

  • Bersih ikan (buang sisik dan basuh dengan air asam jawa)..kemudian perap ikan bersama garam halus,cuka,serbuk lada sulah dan ajinamoto kalau suka..perap dalam 10 minit..gorang ikan dlm minyak panas..
  • Tumis bawang putih, bawang besar. masukkan cili padi dan semua bahan2 lain..rasa la ikut sedap anak tekak masing-masing.
  • kuah 3 rasa tu boleh la dicurahkan ke atas ikan siakap goreng..siap!




selamat mencuba....


kalau suka entri nie boleh klik LIKE untuk share di FB..