Assalamualaikum ...

Dah lepas raya nie sibuk pulak musim kenduri kendara..orang kawen sana sini ...ye la..nak sekalikan dengan cuti raya..semua sanak saudara berkumpul..kalau tak susah pulak nak cuti ..

Nie yaya share pasal akad nikah..kaum adam kalau tang nie rasanya majoriti berdebar tahap gaban ..iyo ler..bimbang tersekat-sekat..tak ke naye kalau akad sampai 3 kali tak menjadi..hahah...kalau dengan sekali lafaz baru ada macho di situ ..^^

tapi agak2nya kaum adam nie mendalami tak maksud di sebalik akad nie..jangan ler korang setakat berdebar time nak melafaz akad depan tok kadi..bila para saksi dan tok kadi kata 'sah' terus korang rasa lega...tapi cubalah selami..fahami..(cewahhhh) maksud disebalik apa yang telah korang akadkan tu ...

"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwin RM.. tunai ''

Bunyi macam senang kan ? mari fahami erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”






nota besarrr : huh...berat tu...bersediakah anda wahai jejaka semua ? ^__^