Bagilah Pandangan Membina , Kritikan Tidak Adil Tu Tak Perlu | Dalam suatu majlis jamuan meraikan kejayaannya belayar mengelilingi dunia, Ferdinand Magellan telah disindir oleh sekumpulan pengkritik yang duduk semeja dengannya ... 

''Ah..belayar mengelilingi dunia bukanlah sepayah mana...'' kata seorang penulis dengan suara agak kuat.

''Hanya perlukan kapal yang teguh dan peta yang tepat,'' tambah seorang ahli perniagaan.

''Dan kelasi yang setia,'' ujar seorang jeneral.

''Tuan-tuan, sekarang ada sebiji telur rebus di tangan saya. Cuba tuan-tuan letakkan telur ini dalam keadaan tegak berdiri,'' kata Ferdinand mencabar para pengkritiknya.

''Mana mungkin telur itu diletakkan dalam kedudukan sedemikian,'' jawab pengkritiknya setelah mencuba beberapa kali.

Ferdinand memecahkan sebahagian kecil bucu telur itu dan menggunakannya sebagai tapak untuk meletakkan telur itu dalam keadaan tegak.

''Ah, kalau begitu siapa pun boleh melakukannya,'' kata pengkritiknya sambil mencebik.

''Ya, setelah aku melakukannya!''


Kritikan yang tidak adil merupakan pujian yang tidak rasmi. Ungkapan ada mengatakan, tidak ada sesiapa yang akan menendang anjing yang telah mati. Maksudnya, selagi ada yang 'sudi' mencemuh, itulah petanda kita masih mempunyai kelebihan dan harga diri.