80 EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH dan KAD AL-FURQAN


Hari khamis order online..pagi sabtu dah ada dalam tangan ..nie la dunia zaman sekarang .. tak perlu susah-susah ke kedai buku .. tak perlu pusing-pusing dalam kedai cari buku .. orang kata dunia hujung jari .. hihi... alamaknya makin hari makin membiak lemak kat badan nie .. iyo ler tenaga tak banyak guna .. suka hati lemak-lemak tu semua .. yang merana diri sendiri akhirnya ..badan membesar baru pening kepala ...


aik..ape yaya membebel nie... padahal nak citer nie jer .. Yaya order online nie .. 80 EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH dan KAD AL-FURQAN ...





anak tak sampai 2 tahun dah beli buku eksperimen sains bagai ! ... makchek-makchek semua...anak-anak sekarang tak serupa macam dulu .. bukan Yaya yang kata nie..tu mak Yaya yang anak 6 tu .. bila dia tengok cucu dia yang sorang nie mesti dia cakap yang budak sekarang makin pintar .. tak sama macam dulu ...dlm erti kata lain mak Yaya mengata Yaya la kan ?? haha!


Buku 80 EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH (RM23.00) tu sebenarnya eksperimen dia senang-senang je ..tapi kalau tak de rujukan seperti buku tu tak terpikir dek akal kita nie nak buat eksperimen tu .. bila dah ada buku nie hujung minggu boleh la berkesperimen dengan Wafiq .. Mr. TMFS pun dah setuju nak jadi lead setiap projek eksperimen tu ... dia memang sayang anak dia lebih...hahah!


KAD AL-FURQAN (RM15.00) tu pulak yaya rasa ibu-ibu ayah-ayah semua patut beli..bukan ilmu sains je penting .. ilmu agama pun penting tau... biar anak kita pandai mengaji..biar tamat Quran..Insya Allah...Yaya dilanda kemalasan untuk buat flash card sendiri .. hihi..so order je ..baru sekali buat tapi yang tu gambar haiwan+nombor sampai 10 .. dah ronyok dah .. malam-malam boleh la main-main dengan Wafiq guna KAD AL-FURQAN nie ...


kalau korang berminat nak tengok lagi detail or berminat nak beli boleh tengok kat AdikBijak.com .. nie buku pertama Yaya beli .. harga permulaan dapat harga ahli biasa ..bila dah beli lebih RM15.00 automatik jadi ahli VIP ... harga untuk ahli VIP nie lagi murah tau ..


Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post