Beli Online Kasut Sekolah Pallas X-Series

Beli Online Kasut Sekolah Pallas X-Series | Yaya dah beli kasut sekolah untuk adik Wazif. Orang kata beli awal tak kalut. Betul lah tu, setuju sangat. Lagi pula tahun ni buka sekolah je tak lama selepas tu puasa Ramadhan. Masa cuti sekolah ni lah nak siapkan kelengkapan sekolah dan persiapan untuk hari raya. Jadi mana yang boleh sediakan awal-awal Yaya selesaikan dulu.

Beli Online Kasut Sekolah Pallas
 
Kasut sekolah jenama Pallas tetaplah menjadi pilihan saban tahun. Bezanya kali ini hanya untuk adik Wazif. Abang Wafiq di SBP kena pakai kasut sekolah macam orang pakai pergi kerja tu. Tak ada kasut baru untuk abang Wafiq sebab baru lagi dia bertukar kasut selepas kasut lama tapaknya makin haus.


Kasut Sekolah Pallas X-Series PX25-023 Black Pilihan Adik Wazif

Kasut Sekolah Pallas Beli Online


Kelebihan Kasut Sekolah Pallas X-Series 

  • Harga mampu milik 
  • Reka bentuk tali Velcro
  • Dapat menyejukkan kaki kerana direka dengan sistem pengudaraan yang unik 
  • Bahagian atas dibuat dengan mesh digabungkan dengan PVC 
  • Foam Lining untuk perlindungan keselesaan tambahan
  • Kolar empuk untuk keselesaan dan perlindungan tambahan
  • Kusyen insole khas dengan Arch Support melegakan ketegangan pada otot kaki 
  • Beratnya pula extra superlight yang terbukti "X-Light" 
  • Tapak berjahit, kasut tahan lebih lama

Sebelum ini anak-anak Yaya pakai kasut sekolah Pallas Jazz. Kali ini Yaya belikan kasut sekolah Pallas X-Series PX25/023 Black pula yang berharga RM 39.99. Harga mampu milik untuk sepasang kasut yang sangat selesa.

Ciri-ciri yang menjadi keutamaan utama mestilah fabriknya diperbuat daripada mesh, kasut yang ringan, berpelekat Velcro dan selesa pada kaki. Alhamdulillah adik Wazif suka betul dengan kasut Pallas X-Series ni. 


Kenapa Beli Kasut Sekolah Fabrik Mesh?

>> Sistem pengudaraan yang baik

Yaya memang cari kasut sekolah fabrik mesh atau design berjaring ni. Sebabnya ianya dapat memberikan pengaliran udara yang baik. Jadi kelembapan dan peluh dari kaki dapat ditarik keluar. Tak adalah nanti adik Wazif tak selesa, kaki rasa panas dan berbau walaupun dipakai seharian di sekolah.

Kasut Sekolah Pallas

Korang nampak kan ruang-ruang antara jaring di bahagian atas tu, tembus sampai boleh nampak bahagian dalam warna merah tapak kasut. Rekaan macam ni confirm memberikan aliran udara yang baik. Kalau basuh kasut ni mesti cepat je kering.


Kasut Sekolah Pallas Design Terkini Dan Selesa Pada Kaki


Kasut Sekolah Pallas


>> Design kasut yang up to date

Smart sungguh design kasut Pallas X-Series yang ini. Design up to date dan nampak bergaya bila disarung pada kaki si kecil. Adik Wazif bila dia cuba pakai kasut ni terkeluar dari mulut dia 'Tak sabar nak pergi sekolah'.  Eh adik ni, baru je cuti sekolah kut. Rasa hensem lah tu nak melaram kasut sekolah kan..hihi..

Kasut sekolah Pallas ni kan bukan setakat design je lawa tapi menitik beratkan ciri-ciri yang perlu pada sepasang kasut untuk keselesaan pemakai. Adanya foam lining dan kolar kasut yang memberikan keselesaan dan perlindungan tambahan pada kaki. 


>> Insole Khas Dengan Arch Support

Kasut Pallas

Insole khas dengan Arch Support melegakan ketegangan pada otot kaki 

Ramai ibu bapa yang terlepas pandang akan perlunya setiap kasut mempunyai arch support atau kusyen tumit dengan gerbang sokongan kerana manusia mempunyai jenis tapak kaki yang berbeza.

Macam mana nak kenal pasti tapak kaki anak ni jenis yang mana? Boleh rujuk gambar di bawah.


Arch support sangat penting untuk menyokong kaki terutamanya kepada anak yang memiliki tapak kaki jenis Flat Foot atau High Arch.

Insole yang mempunyai arch support dapat melegakan ketegangan pada otot kaki dan ianya memberikan keselesaan optimum pada setiap jenis tapak kaki.


>> Rekabentuk tapak memberikan cengkaman lebih kuat dan selamat

Kasut Sekolah 2023


Ciri khas yang perlu diberi perhatian adalah bahagian tapak kasut. Jangan tengok rekabentuk kasut semata ye. Kasut sekolah Pallas dah la design cantik, bahagian tapak kasut pun diberi perhatian. Tapak yang bercorak dapat memberi cengakaman yang lebih bagus dan selamat.

Anak-anak kita ni bukannya seharian duduk diam di dalam kelas. Mereka aktif bergerak ke sana ke mari. Jadi penting untuk kita cari kasut sekolah yang fokus pada keselamatan anak-anak. Biar anak melangkah dengan penuh keyakinan dan bergaya gitu..

>> Ada jahitan pada tapak kasut

Kasut Sekolah Murah Pallas X-Series

Jarang-jarang tau jumpa kasut sekolah siap ada jahitan pada tapak kasut. Bila dah jahit ni bahagian tapak kasut akan tahan lebih lama, jadi boleh pakai lebih lama. Kena hujan pun selamat, tapak tak mudah tercabut dan kasut pula cepat kering.

>> ''X-Light'' - Extra Super Lightweight

Hah..berat kasut pun ciri penting tau. Yaya beli kasut sekolah Pallas untuk adik Wazif sebab kasut sekolah Pallas ringan. Sesuai dengan adik yang kecil comel tu. Kita yang dewasa ni pun pakai kasut berat sangat lah tidak selesa. Takkan nak bagi anak pakai kasut sekolah berat-berat? Dah la dorang pakai lama kasut kat sekolah.

Kalau tak ada pengalaman pakai kasut berat pun, cuba pergi kedai kasut. Korang cuba angkat dan letak beberapa pasang kasut. Kalau terangkat kasut yang berat memang terasa beratnya tu..hahaha.


Beli Kasut Sekolah Pallas Online

Kasut Sekolah Rendah Pallas

Yaya dah selalu beli kasut sekolah Pallas online, tak adanya lah nak rasa takut tersalah beli, terkecil atau terbesar saiz sebab panduan cara untuk ukur kaki disediakan. Kalau korang nak pergi kedai, nak cuba dulu pun boleh je. Macam Yaya memang prefer beli online sebab memudahkan. Klik-klik je selesai. Tunggu je abang kurier hantar depan pintu rumah. 

Korang boleh dapatkan kasut sekolah Pallas melalui pengedar sah Pallas di www.wow2wee.com

Untuk maklumat lanjut layari :
Website: www.pallas.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/PallasMalaysia


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post