Sinopsis Dan Official Trailer Didi & Friends The Movie

Sinopsis Dan Official Trailer Didi & Friends The Movie | Berkemungkinan besar bila korang dah berkahwin dan ada anak-anak kecil korang akan terjebak dengan cerita animasi. Bukan anak je yang layan, mak ayah pun sama-sama tengok. Seingat Yaya filem animasi pertama yang Yaya tengok di pawagam ialah Kung Fu Panda 2, kemudian, BoBoiBoy: The Movie, The Angry Birds Movie 2, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, BoBoiBoy Movie 2, Ejen Ali The Movie dan filem animasi terakhir yang kami tonton ialah Mechamato pada bulan lepas. 

Didi & Friends The Movie Di Pawagam 23 Februari 2023

Didi & Friends The Movie kali ini sangat luar biasa kerana selama 12 tahun Didi & Friends telah pun berada di dalam industri. Bermula dari platform YouTube, kemudian ke Astro Ceria hinggalah mendapat peluang ke panggung untuk tayangan siri dan konsert. Kini, atas permintaan ramai, Didi & Friends muncul dalam platform filem cereka.

Bulan Februari nanti Didi & Friends The Movie akan menyusul. Rasanya kali ini Yaya tak selamat juga ni, kena teman anak-anak tengok wayang lah nampaknya. Adik Wazif dah ada bunyi-bunyi nak pergi tengok movie Didi & Friends. Hihi

Yaya pernah lah cerita dekat anak-anak, founders Digital Durian ni satu sekolah menengah dengan Yaya. Bukan main teruja lagi dorang. Haha. Macam-macam soalan tanya padahal Yaya tak rapat pun dengan mereka berdua. Memang lah satu batch tapi aliran tak sama, Yaya belajar sains tulen dan tak silap mereka berdua dalam aliran sains kejuruteraan. 

Dari anak-anak kecil lagi mereka dengar lagu-lagu Didi & Friends. Ibarat orang kata watak Didi, Nana, Jojo, Pak Atan dan Pak Beruang tu dah sebati dalam diri. Hihi.  

Tagline dalam movie ni ialah “Bila Bersama Kita Luar Biasa”.  Pasti jalan cerita bakal memberi nilai-nilai positif yang hebat kepada anak-anak. Abang Wafiq kata filem Didi & Friends ni tak sama macam ibu tengok Didi & Friends sebelum ni. Katanya, jalan cerita adventure, bukan nyanyi-nyanyi je.. Ye lah, filem animasi kanak-kanak ni bukan setakat kena tarik perhatian kanak-kanak, kena juga tarik perhatian orang dewasa. Baru lah satu keluarga terhibur dan rasa berbaloi keluar duit beli tiket wayang. Tak ada lah orang kata setakat teman anak-anak.


Didi & Friends The Movie

Bahasa : Melayu
Sarikata : Bahasa Inggeris / Bahasa Melayu
Genre : Flem Musikal, 3D Animasi, Pengembaraan
Tarikh Tayangan di Pawagam : 23 Februari 2023
Pengarah : Akmal Aziz Asmawi,Roshfaizal Ariffin
Skrip : Sumie Azil, Roshfaizal Ariffin, Akmal Aziz
Cerita Asal : Khairul Ammar Jamal
Lakon Layar : Sumie Azil, Roshfaizal Ariffin
Penerbit : Raja Jastina Raja Arshad, Hairul Sofian
Terbitan : Warnakala Studios, Astro Shaw, Digital Durian, MDeC

Sinopsis Dan Official Trailer Didi & Friends The Movie


Kisah Didi & Friends The Movie

Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakannya yang lain.

Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri.

Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam Dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra.

Siapakah Torra?
Apakah penyakit yang dihadapi oleh Pak Beruang?
Dapatkah Didi, Nana dan Jojo mendapatkan penawar tersebut?
Jawapannya, kenalah tonton di pawagam pada 23 Februari 2023 nanti.


Pelakon Suara Didi & Friends The Movie

Nur Insyeerah sebagai Didi
Adilia Myra sebagai Nana
Adam Muqri sebagai Jojo
Dato’ Awie sebagai Tok Chip
W.A.R.I.S sebagai Torra
Amelia Henderson sebagai Kapten Zee
Ruminah Sidek sebagai Nek Kura
Khairul Ammar Jamal sebagai Pak Atan
Akmal Aziz Asmawi sebagai Pak Beruang


Lagu Tema Didi & Friends The Movie (Official Soundtrack)

Lagu : Hora Horey
Artis : Nur Insyeerah | AdamMuqri | Adilia Myra | Voice Actors Didi & Friends
Komposer : Yuri Wong / Saiful Ridzuan

Lagu : Luar Biasa
Artis : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini

Lagu : Kembali Bersama
Artis : Modescape
Komposer : Shah Modescape

Sebanyak 11 lagu telah dimuatkan dalam filem ini, termasuk sebuah lagu yang bertajuk Luar Biasa dinyanyikan dan digubah oleh penyanyi terkemuka Hael Husaini. Turut dimuatkan lagu Kembali Bersama yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut.

Didi & Friends The Movie juga mencatat sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu & muzik latar orkestra dalam filem ini. Sebanyak 6 lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya Reprise termasuk Hora Horey Instrumental.


Sinopsis Didi & Friends The Movie

Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama! Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey. Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan. Akan tetapi Didi dapat tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit misteri bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi memberi amaran kepada mereka. Nana dan Jojo turut serta. Bagaimanakah Didi, Nana dan Jojo akan menemui Pak Atan, Pak Beruang dan Pulau Legenda? Apakah ujian yang bakal menimpa persahabatan mereka? Dan yang paling penting sekali, mampukah mereka menghadapi Torra si lanun bengis itu?


Didi & Friends The Movie - Official Trailer





P/S: Bangga sungguh dengan animasi Malaysia, semakin padu!


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post