Hadiah Giveaway Dari Shida Radzuan Dah Sampai | Sebelum berbuka puasa, sempat lagi ni nak up post menang giveaway. Seorang Yaya ni kan sebenarnya jarang benar ada rezeki berpihak kalau join lucky draw ke, peraduan ke..eh memang tak pernah lah naik nama. 

Tapi kali ni bila Shida umum nama Yaya salah seorang pemenang rasa macam mimpi pula. Ye ke ni? Benda jarang berlaku macam tu lah..haha..seronok. 

Yaya join giveaway ni bukan kita tengok sangat hadiahnya. Pertamanyamestilah meraikan rakan blogger, sama-sama support. Kalau hadiah disediakan menarik itu bonus. Haha.. Dan kalau menang itu namanya rezeki.  

Yaya nak kongsikan hadiah yang dimenangi. Sebenarnya hadiah dah selamat mendarat pada Khamis lepas. Tapi itulah petang ni baru sempat nak jenguk blog. Jadi, Ini lah hadiah yang dimenangi...

Kad Raya

Hadiah Giveaway

Yeay dapat kad raya..seronok weh dapat kad raya. Banyak tahun dah tak dapat kad raya.  Bila ntah tahun terakhir dapat kad raya pun tak ingat dah. Zaman canggih ni kan semua duk send kad raya digital. Dapat kad raya sekeping ni ni teringat dulu-dulu, rajin sangatlah duk gantung kad raya buat perhiasan dinding. 


Dapat produk Baqhetta Deep Cleansing Masker 30gm dan Sireh Queen Miracle Natural Soap with Jojoba Oil. Masker Baqhetta tu bila google cari info rupanya boleh tanggalkan blackheads dan whiteheads. Sireh queen tu pula boleh pudarkan pigmentasi. Tak sabar nak cuba pakai dua-dua hadiah ni.

Ok lah. Untuk Shida, terima kasih kerana susi anjurkan giveaway. Terima kasih untuk hadiah yang best ni. Yaya doakan semoga Shida sentiasa murah rezeki, terus sukses dalam dunia blogging.



6 Comments

  1. Kannn, dah lama tak dapat kad raya macam kak Shida bagi ni, biasa wish dalam whatsapp aje hehehe.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah smpai ya :)
    sama2 yaya, Tahniah ya! jgn jemu singgah blog saya ni :)

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.