Resepi Ikan Selayang Masak Asam Mudah Dan Sedap | Yaya jarang masak ikan masak asam ni. Tapi kalau dah tak ada idea, campur pula dengan ada sifat M yang melanda, memang lauk-lauk mudah macam ni lah yang menjadi pilihan untuk dimasak.

Yaya nak kongsi kali ni masak asam guna ikan selayang atau nama lain ikan sardin. Boleh je nak guna ikan lain. Masak asam guna ikan kembung, ikan aya/ tongkol pun sedap.

Ikan selayang ni walaupun bukan ikan kayangan tapi sedap rasanya. Yang penting mudah nak siang. Kalau musim tengkujuh harga boleh cecah RM12 sekilo. Nak beli ikan musim tengkujuh ni kena pandai pilih. Kalau ekor ikan pecah-pecah tu bukan ikan segar. Ye lah, musim tengkujuh sape je nak kelaut kan. Makan ayam je lah. Hihi.

Ikan Masak Asam Mudah Dan Sedap
Ikan Selayang Masak Asam

Resepi Ikan Selayang Masak Asam Mudah Dan Sedap


Bahan Ikan Goreng

  • 5 ekor ikan selayang 
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 cubit garam


Bahan Tumis

  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 tangkai lada hijau & merah (hiris)
  • 1 tangkai cili padi merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1-2 cubit kecil gula


Cara Penyedian

  1. Kelar ikan dan cuci bersih. Kemudian lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing
  2. Di kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, serbuk perasa, gula dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih seketika. Tutup api. Siap!

Yaya suka letak hirisan halia banyak-banyak sebab suami suka makan halia. Haha. Kalau suka pedas boleh tambah cili padi. Kalau ada stok buah tomato Yaya letak juga.

Kacang buncis goreng

Regu dengan kacang buncis goreng. Goreng sayur buat penambah seri meja. Jadi tak la ketara sangat malas tu. Hihi.


10 Comments

  1. Mana budu yaya? Tadok regu lagi tu tadok budu, haha

    ReplyDelete
  2. lauk2 yang mudah tapi sedap gilaaa

    ReplyDelete
  3. Hidangan yang ringkas tapi menyelerakan. Kenyang perut senang hati :)

    ReplyDelete
  4. Sedap betul masakan ikan selayang tu, tang kuahnya tu curah sikit kat atas nasi panas...wallaaa sedapnya!

    ReplyDelete
  5. sedapnya yaya :) pandai yaya masak!

    ReplyDelete
  6. sedap sgt ni, yaya.
    sama le asben kita, suka makan halia.
    tak rugi letak halia byk.
    cili padi tambah pedas kan.
    lauk simple. tapi confirm bertambah nasi :)

    #biters

    ReplyDelete
  7. sedap lauk gini,selalu masak tuk bekal en suami heehe

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.