Beli Baju Sekolah Anti Kedut Online Di ThomX School

Beli Baju Sekolah Online Di ThomX School | Dah masuk bulan Disember. Tak lama lagi masuk tahun baru dan sesi persekolahan untuk tahun 2021 akan bermula. Yaya dah mula siapkan kelengkapan sekolah anak-anak. Alat tulis, kasut dan uniform sekolah. Semua nak kena buat perancangan awal. Persiapan masuk sekolah ni banyak juga. Selesaikan berperingkat mengikut bajet kewangan keluarga.

Yaya baru beli uniform sekolah untuk Wafiq dan Wazif. Tahun lepas Yaya beli uniform sekolah di pasaraya.  Untuk tahun ini, Yaya nak berkongsi pengalaman beli baju sekolah secara online di ThomX School


Ini merupakan kali pertama Yaya beli uniform sekolah secara online. Sebelum ni Yaya ada perasaan bimbang nak beli online ni. Kalau silap pilih saiz satu hal pulak nak kena return bagai. Dengan keadaan kita masih berdepan dengan pandemik Covid-19 ni, dengan hujan hampir setiap hari di Terengganu, terasa renyah pula nak bawa anak-anak shopping baju sekolah di pasaraya. Last, Yaya ambil keputusan beli uniform sekolah online sajalah.

ThomX School - Jenama Baju Sekolah Terkenal Di Malaysia

Korang dah pernah dengar jenama baju sekolah ThomX sebelum ni? Bagi Yaya ini kali pertama Yaya tahu mengenai jenama ni. Itu pun setelah membuat pencarian di internet untuk mencari baju sekolah yang berkualiti, selesa, dan tahan lama. ThomX School merupakan jenama baju sekolah yang tidak asing lagi di Malaysia. 

Wrinkle free school uniform


ThomX School mempunyai 12 tahun pengalaman dalam industri uniform sekolah. Bermula dengan kedai fizikal dan kini berkembang ke dalam talian bagi memudahkan pembelian secara online. ThomX Scholl juga telah di anugerahkan beberapa anugerah antaranya;

- Awarded No 1 Online School Uniform brand in Malaysia 2017

- Top 3 Parent Love School Uniform in Malaysia 2017 

- Malaysia 1st wrinkle-free school uniform supplier


Review baju sekolah ThomX School


ThomX  School - Baju Sekolah Anti Kedut

Masa search internet tu, Yaya search baju sekolah anti kedut. Haha..nampak tak tahap kerajinan Yaya level mana? haha. Bukanlah dasar pemalas..tapi kalau ada cara yang memudahkan buat apa nak susah? 
Betul tak? Baju sekolah tak perlu gosok, ibu mana tak suka. Hihi. Ciri khas anti kedut ni memang menarik perhatian. 

ThomX School Uniform


Keistimewaan baju sekolah ThomX School

Uniform Sekolah ThomX School


> bebas kedutan, tidak perlu diseterika
> tidak menyerap haba, material yang memberi rasa sejuk 
> kain yang sangat lembut, selesa dipakai sepanjang hari
> tidak mudah kuning
> cepat kering

Keistimewaan seluar sekolah ThomX School

uniform sekolah online

> bahagian pinggang yang elastik
> kain yang tidak menyerap haba
> premium cotton
> zip seluar yang berkualiti

Pendapat Yaya mengenai uniform sekolah ThomX School


Unifom Anti Kedut Dan Selesa


Dari segi servis penghantaran, Yaya sangat puas hati, penghataran yang sangat pantas. Yaya beli hari Khamis, hari Sabtu dah terima. 

Material baju dan seluar sekolah sangat berkualiti. Seluar sekolah tak keras. Baju pula jenis kain licin yang sejuk dan mudah diurus. Maksudnya senang dicuci, cepat kering dan tidak perlu diseterika. Dengan cuaca panas, pastinya baju sekolah ThomX School ni akan memberi keselesaan untuk anak-anak Yaya. Kain yang sejuk dan nyaman mesti anak-anak suka. Belajar di sekolah pun lebih fokus.

Masa nak beli, Yaya ikut je panduan ukuran di website. Alhamdulillah, baju dan seluar sedang elok dengan anak-anak. Jahitan pun kemas, memang puas hati.

Bukan hanya uniform sekolah, pakaian pengakap, kadet remaja, puteri islam, pandu puteri, kadet polis, pakaian pengawas, PBSM, aksesori, t-shirt pun boleh didapati di ThomX School.

  ThomX School

Promosi Back To School 2020

> DISKAUN sehingga 15%
> penghantaran PERCUMA
> PERCUMA jahit logo sekolah dan nama pelajar 

                                                

Tunggu apa lagi. Dapatkan  segera baju sekolah jenama ThomX School. 

Beli online di: https://thomxschool.com/

Kedai fizikal :

Pulau Pinang :
2618 Ground Floor, Jalan Maju, Pusat Perniagaan Maju Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Penang.

Sabah:
5, lot 3, Big Wheel Industrial Park, Mile 7 1/2, Jalan Tuaran, 88450, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

15 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. wahh...senang kerja mak nak menggosok macam ni

    ردحذف
  2. sronok la anak2 dapat bergaya dengan baju skolah baru

    ردحذف
  3. ya akak pun tak pernah beli baju sekolah online, suka tengok kainnya tu nampak biru jadi tak cepat nampak kuning kan kalau pakai lama

    ردحذف
  4. wahhh.. semangan nak gi sekolah yerrr..... baguih baguih

    ردحذف
  5. tahun 2021 ni anak masuk tahun 1, memang tengah survey baju sekolah ni. Nanti leh tengok² brand ni..

    ردحذف
  6. Suka baju sekolah jenis macam ni, nampak bersih je. Boleh usha nanti untuk anak tahun depan.

    ردحذف
  7. semangat nak gi sekolah.
    anak2 saya tak beli baju lagi.
    buka sekolah lambat lagi, sempat lagi nak beli.
    tapi rasanya nak beli online sajalah.

    ردحذف
  8. OK beli persiapan awal lebih bagus , bagus tak beli masa ramai-ramai ke kedai bahaya... baju sekolah anti kedut ni macam baru diperkenalkan... mudahkan kerja ibubapa

    ردحذف
  9. Firstime juga dengr pasl thorm x ni.. Bagus sangat kalau anti kedut.. Nampak selesa bajunya

    ردحذف
  10. Nampak kualiti not bad. Nanti k.sa try ya

    ردحذف
  11. baju sekolah boleh beli on9, senang la gini.. cantik dan kemas bajunya..

    ردحذف
  12. Belum beli baju sekolah untuk anak . Bagus betul ada baju sekolah anti kedut. Boleh cuba beli nanti. Tq for sharing.

    ردحذف
  13. Diam tak diam nak masuk tahun baru persekolahan dah.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم