Manfaatkan Sayyidul Ayyam, Adab Dan Sunnah Yang Dituntut Pada Hari Jumaat

by - Thursday, October 03, 2019

Assalamualaikum,

Manfaatkan Sayyidul Ayyam , Adab Dan Sunnah Yang Dituntut Pada Hari Jumaat | Hari silih berganti. Setiap minggu kita pasti akan berjumpa dengan penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat. Sepatutnya inilah hari yang dinantikan oleh semua umat Islam. Banyak keistimewaan hari Jumaat sehingga digelar Sayyidul Ayyam yang membawa maksud Penghulu Segala Hari.



Keistimewaan Hari Jumaat

Di dalam Al-Quran ada sebuah surah yang dinamakan Al-Jumuah yang merujuk pada hari kebesaran umat Islam. Sesungguhnya kemuliaan Hari Jumaat ini banyak terpahat dalam hadis Rasulullah S.A.W. 

Sabda Rasulullah S.A.W : 

Sebaik-baik hari dimana matahari terbit di saat itu adalah hari Jumat. Pada hari ini Adam diciptakan, hari ketika ia dimasukan ke dalam Syurga dan hari ketika ia dikeluarkan dari Syurga. Dan hari Kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat." (HR. Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, umat Islam sewajarnya memanfaatkan hari Jumaat. Lakukan amal kebajikan yang dianjurkan oleh agama antaranya dengan memperbanyakkan berdoa kepada Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W :

''Pada hari Jumaat itu tidaklah seorang muslim mengetahui sedang dia mengerjakan solat dan memohon sesuatu kebajikan daripada Allah, melainkan akan dimabulkan permohonannya''. (HR. Muslim)

Rasululullah juga menyatakan secara terang bahawa salah satu waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika imam sedang duduk di antara dua khutbah sehingga selesai solat Jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W :

''Ia (waktu mustjab untuk berdoa) di antara duduknya imam (antara dua khutbah) sehingga selesai solat''. (HR. Muslim)

''Pada hari Jumaat ada 12 waktu, tidak ditemukan padanya seorang hamba Muslim yang sedang memohon sesuatu kepada Allah kecuali pasti Dia memberinya. Maka carilah waktu itu pada akhir waktu setelah Asar''. (HR. Abu Dawud dan al-Nasa'i)

Dianjurkan membaca Al-Quran pada hari Jumaat

8 surah yang dianjurkan untuk dibaca pada hari Jumaat ialah:

  1. Surah Al An'Am
  2. Surah Al Kahfi
  3. Surah Toha
  4. Surah Yaasin
  5. Surah Ad Dukhan
  6. Surah As Sajadah
  7. Surah Al Mulk
  8. Surah Al Insan
Terdapat beberapa hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa umat Islam dianjurkan membaca surah Al-Kahfi, samaada 10 ayat awal mahupun akhir. Amalam membaca surah al Kahfi memberikan ganjaran besar buat pembacanya.


Sabda Rasulullah S.A.W :

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (HR. ad-Darimi)

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (HR. al-Hakim dan al-Baihaqi)

“Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (HR. Muslim)

“Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.” (HR. Abu Dawud)


Sunnah-Sunnah dan Adab-Adab Pada Hari Jumaat

  1. Mandi dan membersihkan diri bagi yang mahu menunaikan solat Jumaat
  2. Memotong kuku
  3. Mencabut bulu ketiak, menggunting misai, mencukur bulu ari-ari
  4. Memakai wangi-wangian, minyak rambut
  5. Memakai pakai bersih dan cantik, warna putih sangat digalakkan
  6. Membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan siangnya
  7. Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah
  8. Memperbanyakkan berdoa
  9. Memperbanyakkan amalan kebaikan terutama bersedekah
  10. Datang awal ke masjid
  11. Mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid walaupun imam sedang berkhutbah
  12. Diam ketika berkhutbah
  13. Makruh melangkah tengkuk atau bahu orang lain untuk ke saf hadapan


Mandi Sunat Hari Jumaat

Sunat mandi pada hari Jumaat bagi mereka yang mendirikan solat Jumaat sekalipun solat tersebut tidak wajib atas mereka, seperti orang musafir, perempuan dan kanak-kanak. Pendapat yang lain pula mengatakan bahawa mandi pada hari Jumaat, sunat bagi sesiapa sahaja sama ada yang mendirikan solat Jumaat ataupun tidak. 

Waktu mandi sunat Jumaat adalah bermula masuk waktu azan solat Subuh. Walaubagaimanapun, mandi ketika hampirnya waktu mendirikan solat Jumaat adalah lebih baik. Ini kerana lebih dekat kepada tujuan mandi tersebut, iaitu mengharumkan bau badan, menghilangkan peluh dan bau busuk. Islam menggalakkan manusia mandi sunat Jumaat disebabkan berhimpunnya mereka pada hari tersebut supaya tiada sesiapa terganggu dengan bau yang tidak menyenangkan. Disebabkan itu juga, Rasulullah SAW melarang memakan bawang putih dan bawang merah bagi sesiapa yang ingin hadir untuk mendirikan solat di masjid.

Niat mandi Sunat Hari Jumaat


Niat :            نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِحُضُوْرِ صَلاَةِ الْجُمْعَةِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Ertinya : Saya niat mandi untuk solat pada hari Jumaat (mandi Jumaat) sunnah kerana Allah Ta'ala


Penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai waktu terbaik untuk mandi sunat hari Jumaat.



Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak info mengenai kelebihan dan istimewanya hari Jumaat kepada yang memerlukan. Jangan dibiarkan hari Jumaat  berlalu sebegitu sahaja. Sama-sama kita saling mengingati terutama dikalangan ahli keluarga sendiri. 

You May Also Like

1 Comments