Resepi Ayam Masak Halia Mudah, Guna Bahan Apa Ada Je

by - Wednesday, September 18, 2019

Assalamualaikum,

Resepi Ayam Masak Halia Mudah, Guna Bahan Apa Ada Je | Lama Yaya tak singgah blog sendiri. Walaupun selalu sangat dah berazam nak update blog sekerap mungkin, tapi apakan daya. Cerita banyak, masa pula tak mengizinkan. Last, semua cerita berkubur macam tu je. 

Semalam Yaya dah renew domain. Awal NetKL hantar reminder. Hihi. Sebulan sebelum expired. Bagus juga kan. Ikutkan 10/10/2019 nanti genaplah setahun yaya guna domain yayaazura.com. Hosting masih lagi guna blogspot.  

Dah bayar domain, tak kan tak nak update kan. Orang kata pelaburan tu biarlah berbaloi. Opps..perasan tak adsense dah menari-nari tu..cuma yaya belum ada masa nak mengadap betul-betul nak letak iklan adsense di tempat sesuai. Yaya bukan pro. Nak letak iklan ni pun kena satu persatu hadap. 

Ok lah. Yaya nak kongsikan resepi mudah. Walaupun resepinya ringkas tapi bertambah apabila dimakan bersama nasi putih panas-panas.  Resepi ayam masak halia ni antara resepi kegemaran suami. Tak ada lauk lain pun tak apa dah. Satu jenis ni dah cukup.

Resepi Ayam Masak Halia Mudah dan Ringkas




Bahan-Bahan Ayam Masak Halia:


  • 2 keping dada ayam (potong kecil)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  •  halia (yaya lebihkan)
  • cili merah
  • 1 biji tomato
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan tepung jagung ( campur dengan air)
  • garam secukup rasa



Cara-Cara Memasak Ayam Masak Halia :

  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran setengah senduk. Tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
  3. Masukkan pula sos tiram. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Boleh tambah air kalau nak kuah banyak.
  5. Taburkan dengan cili merah, lobak, tomato dan bawang besar dan kacau seketika.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  7. Dah siappppp...hihi
Ayam masak halia kali ni kurang sayur. Itu je yang ada kat dapur..hihi. Kalau ada bunga kubis, kacang panjang sesuai juga dimasukkan sekali.

Selamat mencuba.

You May Also Like

24 Comments

  1. Tq yaya bg idea nak masak. Mmg dok terfikir harini nak masak apa. Adehh.

    ReplyDelete
  2. ayam masak halia ni memang favorite sy..suka letak halia banyak2 sambil makan halia tu..tetiba rasa nak masak menu yang sama pulak hari ni..hehe

    ReplyDelete
  3. nampak sedap tu...makan dengan nasi panas...fuhhh!

    adsense tu nanti buat auto ads aje, nanti pandai dia setkan posisi yang sesuai dengan blog kita...

    ReplyDelete
  4. Wahh nampak sedap nya. Lama tak masak ayam halia mcm ni. Dulu duk ngan mak, mak suka masak mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Resepi ringkas2 mcm ni la yg rajin buat masuk dapur sebenarnya haha. thank you kak share resepi

    ReplyDelete
  6. senang sangat resipi ni, boleh makan time musim hujan sebab badan senang sangat masuk angin, urat pulak sejuk. Ni makan dengan nasi panas memang bertambah lah cerita dia

    ReplyDelete
  7. Biasanya perempuan rajin share resepi masakan pelbagai. Ini kalau forward entry kat suami saya, terus dia masakkan sebab bini dia ni rajin request makanan je keje.ahahahah

    Red Linda ~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
  8. Macam masakan orang Cina banyak letak halia. Mesti wangi je masakan ni kan.. thanks sebab share resepi yg mudah & best ni!

    ReplyDelete
  9. Memang pernah cuba dah resepi ni. Simple je cara nak masak tu. Anak pun suka. Lepas makan, banyak la angin keluar dari badan.

    ReplyDelete
  10. menu paling kita suka tapi kita tak pandai buat. hahah. thankyou untuk resepi ni. semoga mek buat sendiri ayam halia suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  11. sedpanya ayam masak halia ni.. dapat makan nasi panas-panas + air sirap confirm bertambah nasi. mudah je resepi ni, mohon BBL try la masak kot menjadi ke tidak nanti

    ReplyDelete
  12. Sedapnya ayam masak halia. Tapi kak min instead of guna tepung jagung kak min guna sos tiram..sedap n pekat sama cam guna tepung jagung hehe

    ReplyDelete
  13. Uihh... resepi apa ada ni lah yang paling sedap tau awak. Nanti bolehlah cuba resepi cara awak ni. Tengok gambar pun dah tau...konfem sedap. Thanks for the resepi.

    ReplyDelete
  14. Sis kalau nak masak mmg selalu ikut tekak anak. Kalau masak ikut tekak sis mmg depa x makan. Halia ni mmg diorg tak gemar so kalau sis teringin beli je..huhuhu

    ReplyDelete
  15. Marina suka masa menu yang simple2. Thank you share resepi simple

    ReplyDelete
  16. Suka ayam masak halia, the most easy recipe. Iza kalau tak tau nak masak apa memang buat ayam masak halia laa. Nasib baik husband and anak ok je makan. makan dengan nasi panas sedap tu.

    ReplyDelete
  17. Selama ni saya masak tak goreng pun ayamnya. Resepi ni nampak menarik. Nnt boleh cuba. Terima kasih share

    ReplyDelete
  18. Tq yaya share resepi ayam halia. Simple & senang je. Ayam halia ni antara menu bila Nur takde idea nak masak apa. Nur humban sekali sayur2 dlm tu. Punya laaa pemalas nak amsak sayur...

    ReplyDelete
  19. Sedapnya ayam masak halia ni. Jdii lapar pulak baca entri ni. Haha bolehlah cuba masak resepi ni nnti.

    ReplyDelete
  20. Lusa ada tetamu datang boleh la Zumal try masak kalau rajin. Hehe

    ReplyDelete
  21. Mudah je masaknya. Nanti nak buat ayam masak halia lah. Dah lama tak makan menu ni. Fav saya kalau ada halia ni semua. Hehe

    ReplyDelete
  22. Thank you share recipe ni, confirm try buat balik rumah nnti hehe

    ReplyDelete
  23. Tq yaya kongsi resepi ni,boleh cuba nanti.

    ReplyDelete