Dah Cuba Belum Nescafe Rose Latte Limited Edition?

by - Thursday, March 28, 2019

Assalamualaikum,

Petang semalam balik dari office singgah 7 Eleven. Kena bawa balik sesuatu untuk anakanda berdua tu. Anak-anak macam nilah..kita balik kerja hulur gula-gula sebiji seronok tak terkata dah dorang. Tapi semalam tak la beli gula-gula, tapi belika air kotak strawberry sorang satu.

Untuk ayah Nescafe Latte, untuk ibu pula sebungkus kuaci dan Nescafe Rose Latte.

Korang dah try belum Nescafe Rose Latte limited edition tu..Harga di 7 eleven RM2.20 se tin. Cantikkan warna tin..sekali pandang terus tergoda. Rasa Nescafe Rose Latte tu pula macam mana? Nescafe ni macam-macam flavour ada tapi flavour rose + latte tak boleh nak agak macam mana. Nak tak nak kena rasa juga..

Pendapat peribadi setelah mencuba Nescafe Rose Latte.

Lain orang lain penerimaan kan? Yaya tak boleh terima..haha..sebenarnya rasa dia tak ada lah sampai tak boleh telan. Rasa rose tu sekejap je..masa telan tu je..pastu hilang terus rasa tu..hahaha..tapi time telan tu macam makan kelopak bunga ros..bau pun macam tu.. Yaya tak la pernah makan bunga ros tapi bau dia macam tu lah..wangi tapi pahit..nak describe pun susah. Hahaha. 

Bila dengar perisa ros, kita agak macam sirap, sirap bandung ke kan..tapi Nescafe Ros Latte ni no no no..tak sama langsung..campuran ros dengan latte akan menghasilkan rasa yang unik!

Jadi korang kena la try. Mana tau sedap di tekak korang.

Selamat mencuba. 


You May Also Like

8 Comments

  1. Dua hari lepas en suami ada beli..nak cuba katanya..sekali teguk uhh wangi ditekak katanya..ok cuma untuk ulang beli dalam masa terdekat tidak en suami kata..

    ReplyDelete
  2. tak sempat rasa lagi sebab tak banyak kedai jual

    ReplyDelete
  3. Tak try lg, tempat mrs pip x da jual ...

    ReplyDelete
  4. nanti nak gi 7-11 and beli Nescafe Latte ni.

    ReplyDelete
  5. Yg rajin beli Nescafe tin mcm ni laki hakak Yaya.... akak tak berapa suka. Akak suka Necafe buat sendiri hahahha.... sebab kalau buat sendiri Nescafe dia tak pekat sanagt kan.... Taklah pening kepala

    ReplyDelete
  6. dah cuba. nak buat entry masih dalam draft. pemalas nak edit lagi ngeh2..
    not bad. untuk CT yang tak suka kuppi ni boleh habis setin. kira approve la rasa dia
    macam rasa air bandung =D

    ReplyDelete
  7. latte tu sedap. yang rose latte tak pernah rasa lagi. boleh cuba lepas ni

    ReplyDelete