Buah ABIU, kali pertama dengar nama dan makan. Sedap sungguh rasanya!

by - Thursday, March 21, 2019

Assalamualaikum & hai uolss...

Buah ABIU, kali pertama dengar nama dan makan. Sedap sungguh rasanya! | Yaya memang penggemar buah-buahan. Buah yang Yaya paling suka adalah jambu batu, betik, ciku dan mangga. Durian? Semestinyalah masuk dalam list buah kegemaran juga.

Buah abiu
Sumber : google


Yaya diperkenalkan dengan buah ABIU oleh rakan di office. Pokok ini ditanam di rumah beliau. Pertama kali Yaya melihat buah Abiu, bila bertanya tentang nama buah lagilah janggal mendengarnya. 

Abiu (Pouteria caimito) adalah sejenis tanaman malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae yang berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ia juga boleh dijumpai di Malaysia. Di Sabah tanaman ini telah mula ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom pada tahun 1984 sebagai salah satu koleksi janaplasma buah-buahan dari luar negeri yang berpotensi untuk dibangunkan. - Wikipedia

Rasa buah Abiu

Isi buah abiu berwarna putih krim dengan rasa yang manis yang segar. Ada yang menggambarkannya seperti rasa kelapa muda, namun ada juga yang menyetarakannya dengan paduan susu dan karamel. Bila yaya merasa buah abiu ni rasanya seperti memakan buah honey dew tapi lagi sedap dari honeydew dan isinya lembut.

Disebabkan isinya yang lembik dan sedikit berair, abiu boleh dimakan dengan cara dibelah melintang atau membujur dan boleh dimakan menggunakan sudu. Setiap buah abiu mengandungi 1-5 biji.






Inilah rupa pokok abiu. Ni yaya dah ada biji buah abiu, bolehlah di buat biji benih. Melalui pembacaan, pokok abiu yang ditanam menggunakan kaedah biji benih mengambil masa 2 - 4 tahun untuk berbuah. Hmm..bersabarlah yaya untuk menikmati hasil..itupun kalau menjadi tanaman. hahaha. Harap-harap 'sejuk tangan' ni. hehe.


Khasiat Buah Abiu



Banyak manfaat rupanya buah abiu ni. Isi buah abiu boleh digunakan untuk meringankan batuk, bronchitis, dan pernafasan atau paru-paru.

Buah Abiu kaya dengan vitamin A yang dapat memberi kesihatan dan kecantikan pada mata, vitamin C yang boleh meningkatkan imunisasi sistem pertahanan badan, vitamin B3 dan tinggi kandungan serat untuk kesihatan kulit dan membantu proses penghadaman.

Getah pohon abiu dikatakan bermanfaat sebagai ubat cacing, dan menyembuhkan luka bengkak.

Berbaloi kalau ada sepohon di halaman rumah. 

Ada yang dah selalu makan buah abiu? atau Yaya je yang ketinggalan? hihi


You May Also Like

14 Comments

  1. PC pun pertama kali dengar,tahu dan tengok ni..bijinya macam biji buah durian belanda ya Kak Yaya..semaikan..mudaha-mudahan hidup kak..Aamiin.Bila tengok ni..terasa nak makan juga..nak tanyalah kawan-kawan mana tahu ada jual anak benih pokok..boleh beli tanam kat kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC, boleh cuba cari kat nursery. Mana tahu ada jual anak pokok.

      Delete
  2. 1st time dengar dan tengok buah ni..tq share ...

    ReplyDelete
  3. x pernah jugak dgr dan nampak buah ni.. nampak sedap :)

    ReplyDelete
  4. Akk dah pwrnah rasa jiran bagi sebiji, hihi..jadilah, dia tanam, so ensomi pun amik biji semai tu, harap2 tumbuhla.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah dengar nama buah ni. Tgok gambar nampak sedap. tak tahu lah dekat KL ni kt mane ade jual...

    ReplyDelete
  6. Yelah mmg tak pernah dengar nama buah ni. Makan apa tah lagi hihi...
    Isi tu mcm spesis ciku ye Yaya...

    ReplyDelete
  7. Ada tanam beberapa pokok abiu ni.
    Beli anak pokok ni kat nersery are Kuala Kangsar.
    Belum berbuah lagi.

    ReplyDelete