Keburukan Isteri, Kelemahan Suami.

by - Sunday, January 13, 2019

Asslaamualaikum & Salam Sejahtera uolss..

Dalam sesebuah rumahtangga, pastinya semua pasangan mengharapkan kesempurnaan dan kebahagiaan berpanjangan. Namun biasalah, dalam perhubungan pasti ada pasang surutnya. Satu yang kita kena ingat dan faham, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Manusia tak sempurna. 

keburukan isteri kelemahan suami, sikap isteri cermin kepada suami
perangai seorang isteri itu adalah cermin kepada suami

Yaya terkesan dengan bait-bait skrip yg dilafazkan oleh Iqbal Raid (lakonan Remy Ishak) kepada isteri beliau, Naira (lakonan Mira Filzah) dalam drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan episod 15.

"Kalau ada keburukan dalam diri awak yang sekarang, maknanya itu adalah kelemahan saya sebagai seorang suami. Bukan ke sikap atau perangai seorang isteri itu adalah cermin kepada suami? Jadi, kalau ada kurang eloknya kepada awak yang sekarang adalah kekurangan pada saya. Saya sepatutnya kena bimbing awak, didik awak. Kalau masih ada keburukan, maknanya saya pun kurang baik".

Setiap kekurangan dan  kelebihan masing-masing itulah yang saling melengkapi. Sikap keterbukaan dalam penerimaan kekurangan pasangan dan tidak meletakkan kesalahan sepenuhya kepada pasangan. Baik atau buruk pasangan, sama-samalah berlapang dada dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki hubungan yang terjalin.


You May Also Like

2 Comments

  1. Satu pesanan yg bagus. Thanks!

    ReplyDelete
  2. betul tu yaya...semoga kita dapat menjadi isteri/suami yang baik kepada pasangan kita...segala kelemahan dan kekurangan masing-masing tu adalah pelengkap kepada kelebihan satu sama lain...

    ReplyDelete