Assalamualaikum,
Hukumnya adalah dibenarkan dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar dan gambar dibenarkan untuk disebar kepada rakan taulan secara berpatutan, untuk memaklumkan perkahwinan telah dilangsungkan.
Pakaian menutup aurat dengan sempurna tetapi bersolek dan berhias | Apa hukumnya jika seseorang wanita berpakaian menutup aurat dengan sempurna tetapi bersolek dan berhias serta gambar diambil oleh juruganbar bukan mahram ?
Contohnya photoshoot untuk wedding ...sebelum nie tak pernah terfikir pun pasal nie.. ye la konon bergambar nak buat kenangan, pakaian pun dah sopan..apa salahnya kan ?
Yaya terbaca satu majalah berkenaan perkara nie..huraiannya betul-betul membantu.
Pakaian menutup aurat dengan sempurna tetapi bersolek dan berhias
Hukumnya adalah dibenarkan dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar dan gambar dibenarkan untuk disebar kepada rakan taulan secara berpatutan, untuk memaklumkan perkahwinan telah dilangsungkan.
Namun, jika timbul perasaan riak, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa yang dilakukan oleh pasangan. Hal itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar adalah haram. Ia dianggap haram li ghairih jika berlaku.
Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu daripada kalangan orang awam yang melihat, sebaik-baiknya gambar diminimumkan daripada disiar untuk hebahan bagi menjaga hati sendiri dan orang lain.
skrg ni mcm2 lah sis..outdoor lah, pre-weeding punya gambar lah.
ReplyDeletezaman sy dulu..amik kat pelamin n bilik jer..hihi
bila dah terbiasa, kat tv pulak dah byk tunjuk, majalah suma..tp ulama', ustaz2 tak tegur, tak kata apa..ya Allah..bantulah kami dalam mencari redhaMu..
ReplyDeletedunia akhir zaman kan...
ReplyDeletemoga kita semua dilindungi dari sifat lalai..
kalaulah dapat menaik nafsu syahwat org yg melihatnye berdosa kn.. :)
ReplyDeletethanks for the info kak :)
ReplyDeletebtw, kalau la iqa ni yg nk kawen, nk baju simple2 je. sbb skang tgk trend baju kawen over bebenor. :P lagipun simple tu lg comel :)