Asalamualaikum ...

baru berpeluang menyentuh dan memegang..orang lain mungkin dah biasa dengan pokok semarak api ni..tapi pokok di halaman rumah yaya ni..setelah lebih 7 tahun tanam baru bunga nak menampakkan diri...jadi memang rasa teruja...

semalam hujan berangin..pagi tadi ada sekuntum bunga semarak api gugur..rajin pula mr.tmfs bawak masuk rumah..siap snap lagi..hihi...dia teruja jugak ler tu..



cantik kan...merah menyala...rasa segar mata bila tengok bunga nie...


pokoknya tinggi..daun rendang..mak mertua yaya tanam guna anak pokok..dia citer masa tu ada orang bandaran tebang pokok semarak api kat parking kereta sebelah Pustaka Sri Intan yg depan Maybank tu..dia mintak dengan orang bandaran tu..ada anak pokok agaknya...ntahlah..takut yaya khayal masa dia cerita..ntah2 orang bandaran baru nak tanam dan dia minta sepohon...kahkah..entahlah!

bila dah tanam kat laman rumah, pokok makin membesar.. orang bandaran nampak..siap ambik pulak sikit pokok nie...nak TUT kan katanya..nak kacuk camner pun tak arif la yaya....katanya nie pokok perlindungan..

rumah mertua yaya ada sepohon pokok saga, sepohon pokok getah, saje tanam..pokok getah pun dah banyak kali keluar biji getah..boleh la Wafiq tu kenal biji saga, biji getah.kalau tak mana nak cari kat bandar nie..

imej google...

gini la rupa pokok semarak api kalau dah berbunga lebat...tak sabar nak tengok! baru berbunga 2 3 kuntum jiran-jiran dah mintak..hikhik...kelakar sungguh! kena tanam guna anak pokok laaa...mana ada anak pokok..tapi yang herannya  bunga 2 3 kuntum tu sayup tinggi..perasan pulak dorang ye?