Assalamualaikum ....


satu pembohongan !


Masih terbayang nota cantik yang yaya buat berkenaan perbezaan zaman paleolitik,neolitik dan mesoltik...berwarna-warni nota bab perbezaan zaman yang tiga tu..sampai nota tu boleh diturunkan untuk adik yg jarak beza umur 11 tahun tu..adik yaya yg tu pun dah kat politeknik sekarang nie..

begitu lama sejarah mengenai zaman batu terkandung dalam buku teks sejarah kita dan ianya masih kekal sehingga hari ini. Perkara yang tersangatlah jelasnya bercanggah dengan akidah kita orang islam..

Bukankah Allah swt dengan jelasnya berfirman bahawa;

"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya."Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud. (28:31)
''Nabi Allah Adam A.S sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras, sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.
Beliau juga menyatakan bahawa Nabi Nuh A.S sudah pandai membuat bahtera yang begitu besar sepertimana yang terdapat di dalam al-Quran, sekaligus menyangkal dakwaan para orientalis barat yang mengatakan bahawa manusia pada zaman dahulu melalui proses kehidupan yang tidak bertamadun.''

rujuk  http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/zaman-batu-tidak-pernah-wujud/ untuk entri penuh.