Baru Lepas Buat Pancake Pisang

pukul 11 malam baru buat pancake pisang .. umpama dapat wahyu jer.. ade org nak masak tengah-tengah malam gini ?? kalau dah lapar sangat baek masak megi jer.. yaya jer kut yg over rajin .. or ..buat-buat rajin ..haha..

perut nie dah lapar sangat ..minta diisi ruang-ruang kosong dalam perut nie..kalau ikut yaya mana makan malam-malam nie.. kata nak diet..perut dah munchitt!!..huhu... tapi apakan daya kesian pulak perut nie...

tengok pisang berangan ada.. gandum ada.. bahan-bahan lain semua ada ... ape lagi projek jalan laa....



disebabkan yaya bukan kak liza jadi begini la hasilnya ... rupa nampak tak comey tapi rasa mmg ada umpph!! sila abaikan rupa tu dan abaikan jugak presentation tu ... just hidang dalam piring kecik je.. tak koser malam-malam nak menghias segala ... lapar tahap tak mampu berfikir dah nie...

Yaya ambik resepi nie dari facebook chef hanieliza aka kak liza.. search jer Hanieliza Kamarudin ..tak pun kalau nak kenal kak liza boleh terjah blog dia kat SINI

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

Bahan B
4 biji pisang berangan
3 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 biji telur A
1 cawan susu segar
4 sudu besar minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap suapaya pisang tidak hancur sangat.
2. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B. Kacau dengan whisker.
3. Sendukkan dalam kuali non-stik dan masak dengan api perlahan.
4. Tutup pot atau non-stik pan. Masakkan 3-4 minit.
5. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair.

Susu segar tak de dan yaya gantikan dengan setengah cawan susu cair + setengah cawan air .. pastu yaya tak guna non stick pan ..tak de yang kecik-kecik comel macam kak liza punya..jd yaya sumbat jer adunan tu dalam sandwich maker.. tu rupa pancake jd lagu tu tuh!

madu tak de..aiskrim tak de..coklat cair lagi la tak de..makan sambil minum air milo jer...:-)

nie ler rupa yang sepattutnya... comel kan .. tertarik mmg de bomm ...

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post