Resepi Udang Masak Kam Heong Mudah dan Sedap

Resepi Udang Masak Kam Heong Mudah dan Sedap | Hai korang. Salam pagi Isnin. Ada yang Monday Blues ke?  Hari ni Yaya nak berkongsi resepi mudah udang kam heong. Masak kam heong style ni memang kena dengan selera kami sekeluarga. 

Selain udang boleh je gantikan dengan ayam atau ketam. Rasa rempah, pedas dan manis memang membangkit selera. Tak ada lauk lain pun tak apa dah. Lauk-lauk bersambal dan sedikt pedas ni memang feveret lah. Apa lah makna makan kalau tak pedas kan. Haha. Tak tahan pedas tapi nak juga ada sedikit rasa pedas tu.  Barulah makan bersungguh tangan tak menongkat kepala. Hihi.

Udang tu Yaya gaul dengan tepung jagung. Nak gantikan tepung jagung dengan tepung bestari pun boleh. Tak nak guna tepung, boleh je gaul dengan kunyit dan sedikit garam. 

Jom semak resepi.

Udang Masak Kam Heong




Resepi Udang Masak Kam Heong Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo udang
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam/ikan
  • 2 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 3-4 tangkai cili api
  • 1 tangkai cili merah
  • 1/2  biji bawang holland
  • setangkai daun kari
  • gula dan garam secukup rasa



Udang Masak kam Heong



Cara Penyediaan Udang Kam Heong

  1. Gaul sekata udang dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Goreng dan ketepikan.
  2. Gaul sekata serbuk kari, kicap dan sos tiram.
  3. Minyak goreng udang tadi, buang sedikit. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah. 
  4. Masukkan serbuk kari yang telah digaul dengan kicap dan sos tiram. Guna api perlahan. Boleh tambah sedikit air sekiranya bahan tumis nampak kering.
  5. Masukkan daun kari, cili api, cili merah dan juga bawang holland. Tumis sekejap. 
  6. Masukkan sedikit gula, kalau kurang masin boleh tambah garam.
  7. Akhir sekali, masukkan udang dan gaul rata. Siap.

Selamat mencuba.

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

10 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Akak suka masak udang macam ni..simple...ish..x leh jadi ni...nak jugak la masak macam ni lagi..terliur dah ni

    ReplyDelete
  2. wow sedapnya.. tapi mma tak penah try lagi guna udang. selalu guna ketam

    ReplyDelete
  3. Udang tu dahlah memang sedap. Masak kam heong pula. Bergandalah sedapnya!

    ReplyDelete
  4. senang je nak membuatnya.. Sedap pulak tu..

    ReplyDelete
  5. Nak try lah. Asyik ayam je. Tak pernah terfikir nak guna udang.

    ReplyDelete
  6. sedap resepi ni..dah pernah cuba msk :)

    ReplyDelete
  7. sedappp.
    rasa macam nak masak lah juga.
    kena cari udang ni.

    ReplyDelete
  8. If only shrimps are cheap eh would love to cook this recipe. 😪

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post