Kembali Berlatih Taekwondo Di Gym

Kembali Berlatih Taekwondo Di Gym | Assalamualaikum, seperti yang diumumkan kerajaan, aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak ada sentuhan badan (non-contact), di dalam atau luar dewan (indoor and outdoor facilities) adalah dibenarkan bermula 15 Jun 2020.

Tetapi sukan tempur / kombat seperti karate, taekwondo, silat dan sebagainya, keputusan masih kekal tidak boleh dimainkan secara permainan seperti match play.

Bagaimanapun, ia dibenarkan untuk tujuan latihan sahaja tanpa sentuhan badan (non-contact) dengan penjarakan sosial 3 hingga 5 meter antara seorang dengan seorang yang lain semasa latihan.

Bila dah lama bercuti dari latihan taekwondo, anak-anak Yaya sedikit mengeluh selepas dapat tahu latihan akan bermula dengan patuh pada SOP yang telah ditetapkan. Seronok duduk rumah nampaknya. Sampai nak bersukan pun dah malas. Hihi.

Bila Yaya baca SOP pembukaan sektor sukan setelah beransur reda Covid-19 di Malaysia, ada dinyatakan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah adalah tidak digalakkan.

Memandangkan pihak pengurusan patuh pada protokol, Yaya positif membenarkan anak-anak kembali berlatih taekwondo di gym. Lagi pula hanya latihan sahaja dibenarkan. Sparring tak ada. Ok lah, biar anak-anak kembali berstamina. Lama sangat berehat lemau jadinya.


Berlatih taekwondo di gym
Kembali Berlatih Taekwondo Di Gym
Berlatih taekwondo di GYM
Kembali Berlatih Taekwondo Di Gym
bekas minuman dilabel nama dengan sticker
Kembali Berlatih Taekwondo Di Gym

Anak-anak mengeluh kecil apabila dimaklumkan kelas taekwondo akan diadakan seperti biasa. Dah lama terperuk di rumah. Kembali menjalani kehidupan hampir seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukanlah sesuatu yang mudah.

Ke kelas taekwondo dengan memakai mask. Sampai di gym kena pakai hand sanitizer dan diambil suhu badan. Di atas tangga ditanda penjarakan yang sepatutnya. Di dalam gym ditandakan kawasan duduk masing-masing. Waktu berlari panaskan badan jarak dijaga. Bekas minuman yang telah ditanda dengan nama diletakkan berhampiran dengan empunya badan. Begitulah cerita anak-anak Yaya. Yaya yakin pihak pengurusan sudah mengikut SOP sepatutya demi menjaga semua pelajar.



SOP Sukan Tempur
Jenis-Jenis Sukan Tempur/Kombat
Banyak juga je suka-sukan yang dikategorikan sebagai sukan tempur atau kombat ni. Ada antaranya  Yaya tak pernah dengar.

Dalam whatsapp group, master dah maklumkan SOP yang harus dipatuhi.

Tatacara pelajar untuk hadir ke taekwondo mengikut SOP :

🥋 Pelajar hendaklah memakai mask.

🥋 Sebelum pelajar memasuki gym , pelajar hendaklah memakai hand sanitizer dan memeriksa suhu badan.

🥋 Ibu bapa tidak dibenarkan menunggu semasa aktivi dijalankan.

🥋 Ibu bapa hanya menghantar anak di pintu masuk bawah. 

🥋 Pelajar hendaklah membawa air dan ditulis nama pada botol air .

🥋 Ibu bapa tidak dibenarkan naik untuk mengambil anak. Jurulatih akan membawa anak turun apabila ibu bapa sampai untuk mengambil. 

🥋 Jika anak tuan tuan dan puan puan ada gejala seperti demam , selsema dan batuk diminta tidak menghantar ke latihan taekwondo. 

🥋 Pelajar tidak boleh bertukar hari atau menganti kelas jika tidak hadir .



SOP Sukan KBS
SOP Sukan


AKTIVITI SUKAN / REKREASI YANG DILARANG

▪ Aktiviti sukan / rekreasi yang dilakukan di kolam renang (swimming pool)

▪ Aktiviti sukan / rekreasi yang bersentuhan fizikal (anggota badan)

▪ Aktiviti perlawanan atau permainan bagi sukan berpasukan dan sukan tempur / kombat.

▪ Penganjuran kejohanan / pertandingan yang melibatkan selain dari pemain seperti pegawai teknikal, penyokong dan penonton.

PROTOKOL AM INDIVIDU

▪ Pastikan pematuhan penjarakan sosial (aktiviti statik : 1 – 3 m dan aktviti dinamik : 3 – 5 m).

▪ Aktiviti sukan /rekreasi yang bersentuhan fizikal (anggota badan) adalah DILARANG.

▪ Pastikan memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk pengesanan kontak rapat (contact tracing).

▪ Pastikan aktiviti sukan / rekreasi dilakukan di kawasan atau fasiliti sukan yang telah mematuhi SOP Sukan dan Rekreasi yang diluluskan oleh MKN.

▪ Pastikan pemakaian face mask sebelum dan selepas aktiviti.

▪ Pastikan aktiviti sukan / rekreasi dilakukan di kawasan yang tidak terlalu
ramai orang.

▪ Pastikan etika dalam amalan bersukan / rekreasi diberikan keutamaan iaitu
seperti berikut:-

  ➢ Pastikan langkah-langkah kebersihan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti dipatuhi;
  ➢ Pastikan aktiviti senaman yang sesuai dan sentiasa elakkan kecederaan;
  ➢ Dilarang meludah sembarangan / merata-rata.

▪ Pastikan peralatan sukan yang dikongsi secara bersama dibersihkan, dinyahkuman dan disimpan semula dalam keadaan yang baik selepas setiap kali penggunaannya.

▪ Pastikan tinggalkan premis /tempat latihan secepat mungkin selepas aktiviti latihan.

▪ Pastikan mematuhi prosedur dan arahan yang ditetapkan sepanjang masa.

▪ Mempraktikkan amalan tidak bersalaman / bersentuhan.

▪ Pastikan pengurangan interaksi sosial sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti-aktiviti sukan / riadah.

▪ Aktiviti sukan / rekreasi yang melibatkan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah, golongan kelainan upaya (OKU), berkeperluan khas dan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas adalah tidak digalakkan.

▪ DILARANG berkongsi peralatan seperti botol air minuman, makanan, pakaian, tuala muka dan peralatan peribadi.


PROTOKOL AM PENGURUSAN (Pengusaha / Operator Premis /Badan Sukan)

▪ Pastikan operasi premis /venue adalah secara berjadual.

▪ Pastikan pengamalkan kebersihan tangan bagi setiap individu yang berurusan dengan premis / organisasi.

▪ Pastikan penandaan dan pandu arah yang jelas digunakan sebagai panduan untuk pelanggan /pengguna premis /venue.

▪ Pastikan setiap peralatan yang digunakan dibersihkan dan dinyahkuman selepas penggunaan.

▪ Pastikan kaedah penyampaian maklumat adalah dilakukan secara lisan tanpa melibatkan sentuhan fizikal (anggota badan) kepada pengguna premis /venue.

▪ Pastikan proses pembersihan dan nyahkuman dilakukan mengikut kekerapan penggunaan premis / peralatan sukan.

▪ Pastikan tatacara pengendalian kes kecemasan disediakan.

▪ Pastikan penggunaan bilik mandi dan bilik persalinan dihadkan bilangan pengguna yang minima serta dibersihkan secara kerap.

▪ Pastikan individu yang tidak berkaitan dengan pemain DILARANG berada di dalam venue /premis.

▪ Pastikan penggunaan kemudahan tambahan seperti sauna, jacuzzi dan lain-lain adalah DILARANG.


Sama-sama kita jaga diri. Kita jaga kita. Semoga virus Covid-19 hapus dari muka bumi dengan segera. Amiinn.


2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post