Kek Coklat Gebu dan Brownies Sedap dari Bake2Bites

Assalamualaikum,


Kek Coklat Gebu dan Brownies Sedap dari Bake2Bites | Alhamdulillah Ya Allah..masih lagi di beri kesempatan bernafas hari ini. Menyambut ulangtahun kelahiran semalam dan hari ini di usia 38 tahun 1 hari, Yaya bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Semoga Yaya di dalam rahmat Allah di dunia dan akhirat. Ameen.

Kali  ni Yaya nak share brownies dan kek coklat sedap di Terengganu. Semalam Yaya bawa pergi office. Letak di pantry. Cepat betul laku. Anak-anak dan suami Yaya pun suka. Kek coklat dan brownies gebu dan moist, susah nak tolak kan. Hihi.



Kek combo combinasi dari dua jenis brownies dan dua jenis chocolate kek. Untung beli macam ni. Ye lah, kita kan semua jenis pun nak merasa serba sedikit. Tapi tak kan lah nak beli semua serentak. Hihi. Ni dah datang dalam kombo macam ni, memang jimat. Dapat rasa serba sedikit. Harga kek kombo macam ni  RM 40.00.

Tengok la ketebalan brownies tu. Ketebalannya puas hati..mata menengok pun sedap memandang. Antara 4 jenis brownies dan kek ni semua Yaya sedap dan suka. Tapi paling suka Devil Cocolate Cake. 

Untuk mereka yang vegetarian, burnt chocolate cheese cake adalah pilihan untuk anda. Kek ini dihasilkan tanpa penggunaan telur.

Anak-anak Yaya bila ditanya yang mana feveret dorang, jawab mereka semua sedap! Budak-budak ni hantu kek coklat. Kalau tak ditahan memang habis sekali hadap. 






Bakes2Bites, Gong Badak, Terengganu.

Untung ler orang-orang Gong Badak. Korang boleh dapatkan pelbagai jenis kek dan brownies dari Bakes2Bites. Kek homemade yang rasanya pasti tak mengecewakan.  Free COD untuk kawasan sekitar Gong Badak. Kalau jauh ada lah caj sikit. Biasalah, kos minyak kereta pun kena ambil kira juga. Korang kena follow Instagram Bakes2Bites. Sebabnya, selalu ada promo, dapat free kek dan tiada cas penghantaran.

1. Fudgy brownies with drizzled Nutella, almonds flakes and choc chips




2. Fudgy brownies with drizzled Nutella and salted caramel




3. Burnt chocolate cheese cake (no egg)



4. Devil chocolate cake




Korang yang berminat nak dapatkan kek atau brownies dari Bakes2Bites boleh terjah Instagram dorang. Nak lagi mudah, whatsapp je terus.


Instagram: https://www.instagram.com/bakes2bites/

Whatsapp: 0134340960

2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post